Monday, March 21, 2011

Saya & Tentang S.E.N.I

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua
Baru-baru ini saya ada search lukisan-lukisan HEBAT di Pak Cik Google. Sajalah saya search sebab boring tak tahu nak buat apa. Tengok punya tengok, jumpa macam-macam lukisan yang unik-unik. Kagum jangan cakaplah...kagum tahap luar angkasa jugalah tengok  hasil seni begitu. Saya sebagai seorang yang suka sangat benda-benda seni ni memang teruja dan jealous. Jealouslah sebab tak dapat buat macam tu...huhuhu~ T____T
JOM! Kita usha-usha hasil-hasil seni mereka....serius macam REAL!












Kalau tak silap, seni begini dipanggil seni mural sebab ianya dibuat di dinding-dinding bangunan, lantai...lebih kurang gambar-gambar beginilah...haaaa... (tak tahu nak menerangkan secara terperinci sebenarnya :P)

Saya memang tabik spring la pada artis-artis yang menghasilkan seni mural ini. Saya nak buat begini? Rasanya tidak mungkin agaknya sebab ini sudah mencapai tahap profesional. Saya amatur lagi, setakat lukis illustrasi atas kertas tu bolehlah...paling-paling pun saya lukis illustrasi di dinding lepas tu warna macam biasa saja haha..tapi nak jadi REAL tu tengok keadaan agaknya haha...~

Tengok gambar bawah ni...

Ini gambar wirawati kompeni saya (Kompeni Charlie) masa saya PLKN dulu. Tapi, ini untuk dorm saya sahaja (Tepukan untuk Dorm E!). Dorm lagi satu (Dorm F) gambar berasingan.

Apapun, bukan nak cerita tentang PLKN sekarang ni. Itu, anda semua cuba lihat bendera itu. Itu bendera kompeni saya. Bendera itu buat sendiri tahu? Designer untuk logo bendera itu adalah saya dan seorang lagi kawan saya, Nurul Hayati (saya panggil Yat, dia tiada dalam gambar ini sebab dia penghuni Dorm F). Yat pun pandai melukis juga dan rasanya lebih baik dari saya agaknya (Yat, aku rindu kat hang!) Tukang warna logo tu budak-budak wira kompeni kamilah. Mereka memang suka kerja-kerja mewarna ini haha..

Inilah Yat...yang tahi lalat di sebelah tu saya~


Buat pertama kali saya design sesuatu di atas benda selain kertas. Susah juga melukis atas kain tahu? Apapun, alhamdulillah! Bendera kompeni kami memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Bendera Kompeni Terbaik! Terima kasih juga pada wira-wira kompeni saya yang jadi tukang warna, dan juga kepada Yat sebab dia jadi 'kepala'nya hoho..(tepuk2 lagi)


Baiklah, sekian sahaja! Siapa-siapa yang minat seni macam saya ini, jangan berputus asa berusaha untuk mencapai tahap yang terbaik! Kalau gagal sila cuba lagi sehingga berjaya! Setiap kejayaan pasti ada kegagalan...

p/s : banyak assignment sampai tak sempat melukis...huwaaa!!!! T__T

4 comments:

  1. ha ha haaaaa. semoga berjaya

    hs

    ReplyDelete
  2. Assalam...sama laa mcm saya...still kagum dengan seni lukis 3D nie...hu3.hebat sangat2...

    ReplyDelete
  3. haha...tau takpa~ tringin sgt nk wat mural cmtu tp x reti huhu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen! ^_^