Friday, March 11, 2011

Review Hikayat Merong Mahawangsa

Assalamualaikum & selamat sejahtera to all readers
Hari ini hati aku puas sangat...
sebab hajat aku nak tengok cerita Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) tercapai
YEAY!!! (Sila tepuk...sila tepuk... :)))

Nah! bukti tiket saya dengan roommate saya :)


Cerita dia bagi saya gempak jugalah. Babak fighting tak payah cakaplah. Nama pun perang mesti ada babak darah memancut-mancut, leher dikelar, tikam-menikam, malah memenggal leher pun ada. WOW! Saya memang suka scene begitu. Hahaha...brutal tak saya? Then, babak komedi turut diselitkan sesuai dengan situasi. Komedinya selamba sahaja tapi cukup untuk membuat saya dan penonton lain dalam wayang tu ketawa. Selepas itu, babak romantik antara putera Rom, Putera Marcus dan puteri China, Puteri Jing Lu agak menarik, begitu juga Merong dan Embok walaupun cuma sekejap sahaja.

Apapun ada kekurangan sikit cerita ni. Suara narrator (pencerita/orang yang menyampaikan cerita) kedengaran agak kurang jelas. Tak tahulah sama ada masalah tempat wayang itukah, masalah suarakah atau memang suaranya dalam filem tu kurang jelas. Suaranya suara orang tua (dah narrator dia orang tua :P). Dah orang tua tahu sajalah suaranya bagaimanakan? Serak-serak basah. Then, babak percakapan dalam cerita ini mungkin agak banyak sikit tetapi semuanya bagi saya berisi, bukan percakapan kosong dan diselitkan juga dengan sedikit  jenaka. Tapi, yang penting babak fighting pun banyak juga, rasanya sama rata saja agaknya. 

Fakta: filem ini menggunakan 70% bahasa Inggeris dan selebihnya bahasa Melayu klasik. 

Baiklah. Sekarang kita tengok hero filem HMM ini. :)


Inilah heronya. Namanya Stephen Rahman Hughes, pernah juga berlakon dalam teater Puteri Gunung Ledang sebagai Hang Tuah. Sekali saya perhatikan pelakon ini....baru saya sedar bahawa Stephen ini...
SANGAT KACAK! har...har...har...(sila tampar saya kalau perlu XD) 
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang filem ni sila klik link di bawah.(sebab nak cerita panjang juga)


Filem ini juga diambil berdasarkan lagenda ataupun mitos Hikayat Merong Mahawangsa ataupun dengan nama lainnya adalah Sejarah Kedah dan dikatakan dari keturunan Raja Iskandar. Ya, dalam filem ini Merong sendiri juga ada menyatakan yang dia adalah dari keturunan Raja Iskandar dari Macedonia. Hmm..kalau ikutkan yang nyata, tidak pasti sama ada dia benar-benar dari keturunan Raja Iskandar atau tidak. Untuk tahu lebih lanjut, sila klik link bawah.


Okey, setakat ini review saya! Berapa bintang nak bagi? Itu tidak penting bagi saya, yang penting saya puas hati dengan cerita ini. Tak tahulah kalau bagi orang lain tak best kan? Yalah, pendapat orang lain-lain jadi saya tak boleh kata apa. Tapi, setakat ini saya tengok, rata-rata rakan-rakan facebook saya yang sudah tengok filem ini semua kata best. Hahaha...

Anda bagaimana?

Kalau nak tahu, sila tonton dan nilailah sendiri...

Okey, wassalam....

p/s : Letihnya bila dah sampai asrama O__o

8 comments:

  1. GAAAA!! AKU NAK TGK GAK FILEM NIIIIIII!!!!

    ReplyDelete
  2. GAAAA!! AKU NK TGK GAK FILEM NIIIII!!!!

    ReplyDelete
  3. Sila tengok...tengok jangan tak tengok! tak rugi...memang best! :)

    ReplyDelete
  4. Kalau dr keturunan alexander the great mungkin tepat... Tp kalau dikatakan dari keturunan iskandar zulkarnain salah.. Kerana iskandar seorang Islam Dan seorang hamba ALlah yang taat.

    ReplyDelete
  5. itulah...sebab dlm filem tu Merong kata dalam bahasa Inggeris...dlm bhsa Inggeris tu dia kata Alexander the Great...katanya, "Yes, I'm from Alexander the Great descendant" dlm perbualan dia dgn Putera Marcus..
    pastu translation dlm Bhasa Melayu tulis Raja Iskandar...sy pun agak kekeliruan kat situ.
    mungkin awk betul sbb Iskandar seorang Islam dan menyembah Allah :)

    ReplyDelete
  6. Ramai menggangap Alexander Dan iskandar orang yang sama. Ini sebab dal am buku sejarah dulu menggatakan orang yang sama. Tapi ianya bercanggah dengan apa yang terdapat dalam Al-Quran yang menggatakan iskandar seorang Islam. (Surah Al Khafi). Sedangkan Alexander pernah mengaku ianya tuhan. Kajian yang dijalankan kemudian mendpti mereka orang yang berbeza cuma kalangan ahli sejarah tak tahu bila tahun pemerintahan iskandar. Yang pasti kerajaan iskandar ujud sebelum zaman nabi Muhammad s.a.w. Kemungkinan sebelum zaman nabi Musa kerana pendeta yahudi tahu menggenainya. Barat telah menggolah ceritanya demi kepentingan mereka Dan kita tertipu.

    ReplyDelete
  7. Kerajaan langkasuka merupakan kerajaan Hindu yg ujud dilembah bujang sungai petani. Sekarang ini kajian mengenai mereka masih berjalan. Cuma keturunan mereka selepas tu memeluk islam.

    ReplyDelete
  8. saya pun ada baca satu buku tentang ini
    mula2 sy tertipu jugalah smpai mak saya cerita prkara sbnarnya, then sy baca buku tu...
    w'bgaimanapun, terima kasih kerana mmberi info, apa yg awk katakan msih ada yg sy blum tahu :)
    byk lg yg sy belum tahu rupanya...sy pun xtahu kerajaan iskandar wjud sblum zmn nabi muhammad O__o

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen! ^_^