Assalamualaikum & selamat sejahtera
Nak tahu tak?(macam orang nak tau sgt :3)
Hari ini saya beli tiga buah buku dari Kedai Hasani EDAR
Nak tahu apadia? (jgn tanya mcm tu lagi boleh tak?)
Majalah Gila-Gila isu 721, komik Mat Som dan Misteri Dunia
Nah, sila lihat cover di bawah ni..
(cover Majalah Gila-Gila tak dapat di'upload' sebab aku malas nak tangkap gambar :P)
Mat Som oleh Dato' Lat |
Dato' Lat atau nama sebenarnya Mohammad Nor Khalid adalah seorang pelukis yang terkenal dengan komik cerita Kampung Boy. Cakap saja Kampung Boy, pasti orang akan terbayang Dato' Lat (err..tak pasti la budak-budak zaman sekarang ini kenal atau tak :P) Bagi saya beliau seorang pelukis lagenda tetapi sekarang menurut ayah saya, beliau sudah tidak aktif melukis lagi sebab nak bagi peluang pada bakat-bakat baru untuk berkembang. Kalau tidak, agak nipis untuk bakat-bakat baru sekarang ini dapat menandingi kehebatan Lat yang hakikatnya mempunyai stroke lukisan yang amat simple tetapi mempunyai jalan cerita yang amat menarik. Tetapi jangan salah faham, tak bermakna bakat-bakat baru sekarang ini tidak hebat, maksud saya adalah inilah masanya bakat-bakat baru menyerlahkan diri masing-masing pada zaman moden ini :).
Okey, sekarang berbalik pada jalan cerita komik ini. Komik ini mengisahkan tentang kehidupan Mat Som yang menjadi penulis sambilan di ibu kota pada tahun...err...80an atau 90an agaknya. Hidup menumpang di rumah rakannya, So'ud yang duduk berjiran dengan seorang anak gadis jelita digelar Cik Yam, hakikatnya mereka tidak pernah bertegur sapa. Dalam komik ini juga mempunyai plot imbas kembali tentang kehidupan Mat Som semasa kecil bersama rakan-rakannya.
Kalau nak tahu ceritanya dengan lebih lanjut, belilah komik ini. Di kedai buku mesti ada jual punya. Tidak rugi beli komik oleh Dato' Lat ini, cuma yalah mungkin ada sesetengah mereka tidak berminat dengan komik yang dihasilkan oleh orang-orang lama seperti Dato' Lat ini. Bagi saya pula, orang lamakah...orang barukah...saya baca sahaja asal nama komik hehehe..tapi bagi saya, komik hasil dari orang-orang lama ini serius tak rugi membacanya sebab jalan cerita mereka amat menarik. (sebab itu saya masih minat Majalah Gila-Gila :))
Misteri Dunia oleh Nasron Sira Rahim |
Buku ini menghimpunkan 54 kisah misteri yang meliputi tokoh, tempat, makhluk, sejarah, fenomena dan angkasa. Anda akan didedahkan bahawa tidak semua perkara dianggap misteri itu adalah misteri yang tiada jawapannya. (sinopsis dari belakang buku punya ayat XD)
Saya masih belum habis lagi baca buku ini sekarang. Tapi apa yang saya perhatikan, buku ini memang betul-betul memberi pengetahuan baru kepada saya. Entah kenapa tiba-tiba saja saya tergerak hati hendak membeli buku ini. Hahaha...sebelum ni asyik baca novel dan komik sahaja.(sila tampar laju2 ya! :P) Apapun, tidak rugi baca buku tentang pengetahuan am ini. Siapa kata rugi aku kasi flying kick sebiji....muahahahahahaha! XDD
Setakat ini saja entry saya. Bukan apa teruja nak beritahu buku apa yang saya beli hari ini hahaha...(sila tampar laju2 lagi!).Okey, sayounara! mata aimashou! :)
p/s : Hari ni dapat makan bihun kuah laksa~ BAIK PUNYA! :D
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen! ^_^