Thursday, March 17, 2011

Suka cerita SERAM?

Assalamualaikum & salam sejahtera semua pembaca
Setelah sekian lama saya tak tengok 'Stats' di blog, hari ini bila saya tengok balik...
WOW! Pageview sudah 1000++
Terima kasih kepada semua orang yang sudi lihat blog yang tidak seberapa ini huhu... (Terharu ni!)

Okey! Saya mahu mulakan entri sekarang. Tapi, sebelum itu saya mahu tanya sesuatu...

Anda SUKA cerita SERAM? (bajet suspense boleh~)

Sekarang saya nak memperkenalkan satu website yang mengumpulkan kisah-kisah seram. Website ini adalah Malaysian Horror Site yang yg di'owner'kan oleh Tok Kerandut. Mungkin ada yang sudah tahu berkenaan website ini. Kalau sudah tahu, tak apalah. Sekarang saya mahu memperkenalkan website ini kepada sesiapa yang masih belum tahu...tak salahkan?

Klik HALAMAN PUAKA
 Cerita-cerita seram yang ada dalam website ini ditulis sendiri oleh Tok Kerandut sendiri ataupun cerita hasil perkongsian yang dihantar oleh peminat-peminatnya. Actually, saya sendiri tak tahu sejak bila website ini diwujudkan sebab saya pun baru jumpa sahaja hehe...

Sekarang untuk ke laman seterusnya (laman 1), sila scroll page ke bawah dan klik gambar pintu yang buka tutup secara animated di bawah yang terdapat di page yang sama dengan banner tersebut...

Klik di pintu yang ditengah2 tu
 Dan seterusnya, akan keluar 'laman 1' ini...


Selainnya, dipersilakan untuk anda explore sendiri ya~

Kalau tak silap saya, ada lagi website horror yang lain tetapi kebanyakan adalah mat saleh punya. Mat saleh biasalah, tentang zomba....eh,silap!...zombi, halloween, drakula...lebih kurang begitulah. Klik World of Horror Webring. Saya tak tengok lagi website-website yang terdapat dalam URL ini. Nanti-nantilah saya tengok.
Berbalik pada website Halaman Puaka ini, bagi sesiapa yang mempunyai kisah seram, boleh hantarkan kisah seram anda semua pada email tokkerandut@hotmail.com.Berdasarkan apa yang saya lihat, kisah-kisah seram yang dihantar oleh peminat akan dimasukkan ke dalam website ini.

Dan lagi satu, saya lihat website ini tak berapa banyak sangat kisah-kisah seram yang dikumpul. Entahlah, saya pun tak explore habis lagi. Mungkin ada yang saya tertinggal so tak boleh buat andaian awal lagi. Apapun, enjoylah cerita-cerita yang ada di dalam website ini. Then, rajin-rajinlah explore.  

Mungkin website ini tidak seberapa, tapi rasanya cukuplah warna hitam dan merah jadi warna tema. Banyak sangat hiasan tak sesuai pula dengan tema seram kan? Haha..Baiklah, setakat sini sahaja review saya. Nak sambung baca ni hehe..

Oh ya, saya ada dua lagi website kisah-kisah seram untuk dikongsikan bersama..


Selamat Membaca di dalam GELAP!  XD

p/s : Nak hantar cerita seram tapi tak ada pula. Nak buat cerita sendiri malas cari idea huhu.. :P

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen! ^_^