Assalamualaikum & selamat sejahtera semua
Try tengok gambar di bawah ini
IT (Information Technology) ataupun dalam Bahasa Melayu dipanggil Teknologi Maklumat. Maksud teknologi maklumat adalah teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. (sumber : wikipedia)
Faham kan? Baik, sekarang berbalik pada title asal entri ini.
Saya budak IT?
YA! Saya budak IT, seorang student kolej yang mengambil course IT.
Ramai orang kata ambil course ini banyak peluang. Betulkah? Dari pemerhatian saya berdasarkan keadaan zaman sekarang yang juga dikenali zaman siber, era globalisasi ini mungkin betul. Sekarang ini semua guna teknologi. Namun, ada juga sesetengah orang kata susah cari peluang kerja ambil course ni. Yakah? Kenapa? Itu saya tak pasti puncanya, sila tanya orang tersebut....
Gambar di atas adalah tiga daripada jenis yang berkaitan dengan bidang IT. Sebenarnya ada banyak lagi....(maaf, saya tak pandai nak terangkan secara terperinci~) Ada banyak pekerjaan yang berkaitan dengan IT ini, antaranya Graphic Designer, System Analyst, Programmer, IT/Art Designer, Data Analyst, Administrator dan sebagainya. Tengok, siapa kata ambil course IT ini tak banyak peluang! Sama sajalah semua!
Tahu tak, semasa saya belum isi apa-apa borang untuk masuk mana-mana IPT, saya langsung tak terfikir nak ambil bidang ini. Saya asyik terfikir nak ambil Nursing walaupun hakikatnya saya tak minat sangat. Tapi itulah, Allah itu Maha Mengetahui, saya isi borang KPTM dan tandakan course IT, DCSN dan...(lagi satu tak ingat) Akhirnya saya dipilih untuk menjadi student IT. Waktu isi borang itu, saya memang blur sebab apa yang saya tahu, saya suka komputer, saya suka internet, agaknya atas sebab itulah saya tandakan course IT dan DCSN. Account dan Business memang dah terkeluar dari list.
Apabila fikir-fikir balik, Allah itu Maha Adil. Saya semakin suka ambil course ini walaupun hakikatnya saya rasa heavy juga dengan subjek-subjeknya terutamanya subjek untuk programming dan matematik. Saya semakin suka meng'explore' komputer, internet dan software. Sekarang ini, saya rasa macam tak lengkap saja kalau sehari tak buka laptop, rasa lain rasanya. Kalau tiada internet, saya 'bermain-main' dengan software kegemaran saya....iaitu PHOTOSHOP! Di situlah saya edit gambar, di situlah saya melukis & mewarna segala digital, di situlah saya design sesuatu dan macam-macamlah. Pendek kata, kalau tak ada internet pun saya tak adalah bosan sangat (tapi lagi best kalau ada internet sebenarnya)
Sekarang, saya sudah berada di semester 4. Alhamdulillah, sepanjang semester 1 hingga 3, walaupun tak pernah dapat dekan, pointer saya maintain 3 pointer ke atas. Insya'Allah, sem ini saya akan cuba buat yang terbaik walaupun nampaknya subjek sem ini heavy juga terutamanya Mathematic 2...FUH!
Sekarang ini saya mula dah nampak sikit apa yang saya mahu buat lepas habis diploma ini. Saya target, saya mahu ambil ijazah multimedia, Insya'Allah kalau diberi peluang sebab saya lebih suka IT yang berkaitan dengan multimedia. Programming? Saya lebih sukakan program untuk web design dan graphic design sahaja, yang lain saya tak minat...(teruk betul minah sorang nih)
Di samping itu saya juga ada aktiviti sambilan....
MELUKIS KOMIK & ILLUSTRASI dan MENULIS
Sebenarnya saya buat aktiviti ini sekadar hobi sahaja. Rasanya bagus juga kalau ada job untuk jadi freelancer. Jadi freelancer pun dah cukup tapi masalahnya sekarang tak berpeluang lagi. Saya sebenarnya dah jumpa satu company penerbitan untuk jadi freelancer tapi tengoklah nanti macam mana...Insya'Allah...
p/s : Apa yang saya lakukan ini adalah atas sokongan keluarga dan rakan-rakan juga. Terima kasih semua!
samala kita suka multimedia dan grafik :) .. tak ramai pmpuan suka bnde ni
ReplyDeletehehe...itulah~
ReplyDeletedalam kelas sy ada 23 org perempuan, sy sorg je yg minat multimedia & grafik ni huhu..
tira minat...tp xde sapa nak ajar..cmne ea??
ReplyDeletebljar ICT tu pn da pning2 lalat.. -.-
cik tiera : sy ICT x brape tau sgt hehe
ReplyDelete