Assalamualaikum & selamat sejahtera
Hari ini saya hendak berkongsi satu kisah
Ini kisah benar...kisah tentang saya & keluarga...dan juga ALEERA...
Pertengahan Februari 2011
Semasa di asrama, saya menerima panggilan telefon dari abah. Abah beritahu ada kucing kecil baru datang entah dari mana. Saya excited! Saya memang suka kalau ada kucing baru datang rumah. Itu dah menjadi kebiasaan bagi keluarga kami yang membela kucing terbiar. Jiran-jiran pun memang dah tahu kami bela banyak kucing. Kucing yang abah maksudkan amatlah comel tapi garang. (tak adalah garang gila2 hehe..)
Comelkan dia? :) |
Hujung minggu saya balik. Tengok kucing itu. YA ALLAH, sangatlah comel! Kucing itu sempurna, tiada cacat celanya. Bagi ikan seekor, fuh! Menderam juga dia bila dapat ikan. Biasalah, kucing liar dapat ikan mentah seekor memang habislah! Habis makan, dia terus pergi merayau. Itulah rutinnya, setiap kali lapar akan datang minta makan lepas itu lesap entah ke mana. Kadang-kadang tak muncul langsung. Tapi kami tak kisah. Itu memang 'kerja' kami setiap kali ada kucing datang rumah minta makan...Oh ya! Masa ini kucing itu tiada nama panggilan lagi... :)
Kemudian, saya kembali ke asrama....
3 Mac 2011
Hari ini saya tiada exam jadi saya pulang ke rumah pada petang 2 Mac. Kucing itu tiada di rumah tapi saya tak ambil kisah sangat sebab memang sudah maklum dia jenis merayau. Namun pada pagi hari ini, masa saya mahu keluar bersarapan dengan abah saya, saya ternampak kucing itu melintas jalan di hadapan rumah saya. Yang lebih mengejutkan, dia BERJALAN DENGAN KEDUA KAKI DEPANNYA SAJA! KAKI BELAKANGNYA SEAKAN-AKAN LUMPUH & TAK BERGERAK.
Saya dan abah terkejut! Terus kami keluar mendapatkannya. Ya, memang kedua-dua kaki belakangnya tak bergerak langsung! Saya sebak! T___T
Kenapa boleh jadi begitu? Apa dah jadi pada kucing comel ni? Excident ke? Ada orang pukul ke?
Macam-macam persoalan yang saya fikirkan. Terus saya dan abah bawa dia masuk rumah. Pada masa yang sama kami fikirkan, KAMI AKAN JAGA KUCING NI!
Petang itu bawa pergi klinik haiwan. Doktor kata kakinya tak patah...tapi dia tak kata pula tentang lumpuh ke,cacat ke...apa ke...hmmm...apapun kami lega jugalah sebab sekurang-kurangnya kami tahu kakinya akan baik sendiri. Cuma kami boleh urut-urut dengan minyak sajalah.
Lihat kaki ia...nampak tak bermaya kan? |
Malamnya, saya kembali ke asrama....
4,5,6 Mac
Saya balik ke rumah untuk cuti midsem. Saya tengok kucing tu. Masih sama juga keadaannya. 3 Mac petang juga saya balik ke kampung di Penang. Kami bawa kucing itu bersama dengan seekor kucing kami lagi, White. Yang lain tinggal rumah sebab masing-masing dah besar-besar belaka. Syukur alhamdulillah mereka tidak sakit apa-apa :)
Lihat dengan jelas kaki belakangnya T__T |
Di kampung, keadaan kucing itu nampak menyedihkan. Dia mula kencing dan buang air besar merata. Kami tak pernah marah. Kami faham keadaannya sekarang. Dia tidak larat berjalan dengan laju, itupun dia gagahkan diri lagi untuk berjalan. Dia memang seekor kucing yang bersemangat. Dia tak sakit, dia sihat...cuma dia tidak boleh gunakan kedua-dua kaki belakangnya.
Waktu malam di kampung, tiba-tiba terdengar mama panggil dia ALEERA. Sebabnya adalah beberapa bulan sebelum ni kami ada tengok video youtube berkenaan seekor kucing putih bernama Aleera. Aleera itu seekor kucing jalanan yang cacat kedua-dua belah kaki belakangnya. Tuannya menjumpainya di satu lorong belakang rumah kalau tak silap lalu menjaganya sehingga akhir hayatnya. Nasib Aleera dalam video itu sama dengan Aleera yang kami bela sekarang ini. Sejak itu, kami memanggilnya Aleera. :)
Aleera memang lalu makan. Setiap kali bagi makanan, Aleera makan dengan berselera. Masa dia makan, Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya hati saya dan keluarga saya. Sekurang-kurangnya kami tahu dia tidak sakit.
Comelkan dia? Hehehe..
Alhamdulillah, Aleera masih sihat sekarang. Keadaannya semakin baik. Dia mungkin cacat, tapi kasih sayang kami pada dia tak pernah berubah. Kami seronok tengok dia makan, berjalan...atau lebih tepat mengheret sekarang hehehe...
Saya terfikir, mungkin Allah tidak berikan ahli keluarga yang cacat, tetapi menemukan kami dengan kucing yang cacat walaupun pada mulanya kucing ini sempurnya fizikalnya. Banyak ujian yang kami hadapi sepanjang membela Aleera. Bagi kami, kami tak kisah. Kami lebih gembira melihat Aleera sihat disamping kami. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Sekurang-kurangnya saya dapat merasai apa rasanya menjaga orang/haiwan cacat. Ini baru kucing, kalau manusia...YA ALLAH~ mungkin lagi tinggi tahap kesabarannya.
Keadaan ini mengingatkan saya, tidak semua benda sempurna dalam dunia ini. Dan saya bersyukur kerana saya dilahirkan sempurna di dunia ini Ya Allah~
p/s : Beringat-ingatlah apabila kita kahwin nanti, bagaimana sekiranya Allah memberikan kita anak yang cacat? Berdoalah pada Allah selalu...dan redhalah dengan pemberianNya~
comelnya aleera :)
ReplyDeleteitu mestilah hehehe...
ReplyDeleteTengok la tuan dia
ReplyDeletepakai pampers apa...sos kucen sya jadi begitu jugak...nape yer?
ReplyDeletepampers jenis ape...sos, kucen saya jadi mcm tuh jugak
ReplyDeleteAllahuakbar... maaf farhana saya lambat balas~ saya dah lama tak buka blog.. :(
Deletesaya pakaikan dia pampers baby biasa je.. yg saiz kecil punya.. tak igt pula jenama apa ^^
sedih bila akak bace ttg aleera...akak bangga dgn adik sbb sudi menjaga aleera dgn sabar tanpa memarahi dia...semoga Allah membalas jasa baik adik..so, aleera skang mcm mana?dh makin sehat?
ReplyDeletemaaf kak~ saya dah lama tak update blog huhu..
Deletealeera dah lama tinggalkan kami kak... inalillah..
apapun tetap puas hati sbb at least dia dpt kasih syg sblum mati :)
Salam...sy juga mempunyai kucing yg sama keadaan mcm aleera. dalam dua minggu lepas pinggang kucing sy patah. x tau pulak sm ada kena langgar atau kena pukul,tp skrg dia mmg x bole guna kaki blkg dia. sy mmg plan nk pakaikan dia pampers. thanks sbb share your experience. somehow,dpt menguatkan semangat sy. blh sy tau mcm mn aleera mati?
ReplyDeletewassalam... semoga Allah berkati awak dalam menjaga kucing awak.. alhamdulillah, sama-sama :)
DeleteTak silap saya dia mati sebab sakit.. sakit apa sy tak igt.. dah lama sgt peristiwa ni.. yg pasti bkn accident sbb dia asyik duk dalam rumah