Sunday, March 27, 2011

Sayangilah Nama

Assalamualaikum and hi to all readers
Tadi saya sengaja Google search dengan menaip 'Jannah' kat kotak search tu
Then keluar ini di bahagian Web...

Tersenyum saya melihat hasil searching ni. Tapi awas sekiranya lihat di image, kebanyakan gambar entah apa-apa keluar. Immoral things! Hate it! (ada juga perempuan mat saleh nama Jannah ek?)

Bersyukurlah dengan nama yang diberi oleh kedua-dua ibu bapa kita. Mana ada ibu bapa yang mahu memberikan nama yang tidak elok untuk anak-anak mereka, bukan? Tidak semua nama yang sedap didengar itu maknanya elok, tidak semua nama yang tidak cantik didengar maknanya tidak elok. Apatah lagi zaman sekarang segelintir ibu bapa terpengaruh dengan jolokan nama-nama barat seperti Susan, Hyfa, Dayanty, Remy...kenapa? Nama-nama Islam terlalu sikitkah untuk memberi nama yang baik untuk anak-anak?

Memang tak dinafikan, ada sesetengah nama-nama Islam yang mempunyai maksud yang baik sama dengan nama-nama Barat seperti Danish, Lydia, Hana, Danial, Natasha, Diana, ...apa yang penting adalah niat kita untuk memberikan nama yang baik kepada anak-anak. Senang-senang, rujuk di dalam buku ataupun website nama-nama Islam ataupun lebih selamat pada ustaz atau ustazah untuk mengelakkan daripada memberi nama-nama yang tidak elok. Sekiranya didapati nama itu elok dan tidak bersangkut-paut dengan maksud yang sama dengan nama-nama orang kafir, just go on.

Abah dan mama saya pernah beritahu, mereka memberi nama saya dan dua orang adik saya adalah berdasarkan rujukan. Bukan mereka main letak saja. Nama saya, 'Nur Jannah', memang mereka sudah sedia tahu maksud nama saya itu, adik saya, 'Muhammad Akmal'...saya tidak ingat. Tak silap rujuk di dalam buku agaknya. Nama adik saya yang bongsu, 'Abdul Muiz', asalnya abah dan mama mahu letak 'Abdul Jabbar', tapi atas rujukan dan nasihat ustaz, 'Abdul Jabbar' ditukar kepada 'Abdul Muiz'. Bukan sebab makna 'Abdul Jabbar' itu tidak elok, tapi abah dan mama beritahu menurut ustaz, 'Abdul Muiz' lebih lembut bunyinya...hehehehe...


Sebenarnya banyak nama-nama Islam yang indah-indah didengar dan apa yang paling maksud nama-nama tersebut. Setiap sebutan kita pada nama itu adalah DOA...saya ulang...DOA! Bayangkan kalau nama kita mempunyai makna yang tidak elok, then orang pula selalu memanggil kita dengan nama itu dan menjadi doa, kan buruk bunyinya?

Kepada anak-anak pula, kalau dah ada nama yang elok itu, janganlah pandai-pandai nak tukar nama orang putih pula. Elok-elok nama Suzana jadi Susan, nama Zakaria jadi Zack, Khadijah jadi Khaty, Danial jadi Danny...kononnya nak ikut peredaran zaman moden, padahal nama itu orang putih dah guna berkurun abad dah pun (kena serbulah aku nanti ni). Bagi saya,tak salah kalau nak buat nama singkatan atau nama samaran asalkan mempunyai maksud yang elok sudahlah.

Baiklah, sekian sahaja. Kalau nak membebel lagi, lagi panjang entri ni. Nanti ada orang bosan pula haha...
Okeylah, Wassalam...

p/s : Flow adalah nama penambahan saya yang bermaksud 'Alunan'...Cahaya Jannah adalah asal dari nama penuh saya. Boleh kan? :P

2 comments:

  1. hek3...slam...
    sweet...suke la entry ni...haha...walaupon pjg :(
    tetap bace sebab minat..huhu..nama za je tak de makne..nak search google pelik2 pulak keluar ...
    jannah! susah la nak komen...! byk sgt widget! semua klik kena haiyyyyyyoooo!

    ReplyDelete
  2. wsalam...thanks sbb suka :)
    yaka susah nk komen? ok2...sy buang widget yg kelip2 tepi blog ni huhuhu..nmpk sgt menyemak kan? sori yer hohoho...sbb slama ni guna ok je :P

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen! ^_^