Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Kareem... Allahu Akram...

Assalamualaikum to all readers... (well, I don't know if someone had read this post :P)

Ramadhan comes back! Alhamdulillah... Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...

And I have something special for this Ramadhan :  

TADAAAA....!!! (Okey, this is over :3)
Alhamdulillah... Allah had destined me is still fasting in my hometown, with my family for this year. Well, I say that because perhaps next year I will further my study for my degree. Syukran Ya Allah Ya Karim! ^_^

In my News Feed in my Facebook account, many of people showed their happiness to celebrate this Ramadhan. That's really good... Allhamdulillah! Cool! May Allah Bless You!

But... (Okey, please read this statement that I wrote it in my Facebook's status) :
Click the picture to an original size
Clear isn'it? Seriously, I'm worried if people was fasting without 'solat'. Your fast is nothing without it. Don't be useless! Solat is out main support and a main of our ibadah. Do it, even you're being forced! 

And one more... my status update about 'sahur (I wrote it in Malay) :

Click the picture to an original size

Isn't it clear? I have been heard about it from Ustaz Kazim Elias last year (maybe) and I determined to tell people about in the next year (which I mean in this year) on that time. In coincidence, this year... Ustaz Zaharuddin had post about KESILAPAN KERAP MUSLIM PADA BULAN RAMADHAN  (Muslims Regular Mistake in Ramadhan) in his website. Click the link and read that and I hope you will understand, Insya'Allah ^_^

All right, enough for this night! Again, I wish to all Muslimin and Muslimat...
HAPPY RAMADHAN AL-MUBARAK and don't forget our TARAWIKH! 
Remembers Allah always! Jazakallah Khairan....

Thursday, July 12, 2012

Celoteh... Celoteh...

Assalamualaikum...

Agak lama juga ya saya tidak berceloteh di sini. (Bukan 'agak lama'... dah lama sangat!) Sejujurnya saya tidak tahu saya mahu berceloteh tentang apa. Saya pun tidak tahu sangat kalau2 ada orang baca blog saya ini. Yalah, sudah terlalu lama saya tinggalkan blog ini. Saya suka menulis, tapi memandangkan tidak ada idea saya pun tidak tahu mahu menulis apa. (Sempit fikiran)

Well, nothing much I want to talk about. Saya tidak tahu mahu bercerita tentang apa sebenarnya berbanding dulu. Dulu, saya suka cerita tentang kehidupan saya... saya tinggal di mana... upload gambar saya dan macam-macam lagi. Namun, sekarang tidak lagi. Saya bukanlah public figure atau sesiapa untuk mahu ceritakan semuanya. Saya annoying pada diri sendiri sebab pernah buat semua itu. Actually, tidak salah mahu cerita asalkan jangan sampai over. Saya pernah ter'over', dan post-post cerita saya yang ter'over' dulu sudah saya delete hehe... Saya harap sangat, kepada yang sudah baca atau sudah tahu jangan dihebah-hebahkan ya? ^_^ Kepada yang tidak tahu, sekiranya mahu kenal saya... kita berjumpa, dan kita berukhwah. Itupun Insya'Allah, dengan takdir Allah~

Diganggu? Ya, saya pernah diganggu dan itu adalah salah satu sebab saya buang semua gambar-gambar saya di blog ini dan juga di Facebook. Gambar-gambar saya yang telah di'tag' rakan juga saya sudah remove. Kalau ada pun, sedikit sahajalah. Itupun gambar kelas, gambar penyampaian anugerah... pendek kata, gambar standard dan gambar itu diambil pada jarak yang jauh. Okey, bolehlah saya terima. Namun, saya takut juga sekiranya ada yang terlepas pandang. Huhu...

Selain itu, ia adalah nasihat daripada ustaz yang saya kagumi.


YA!!!! Ustaz Azhar Idrus... siapa lagi! ^__^ Fenomena di Malaysia sekarang ini.... ALLAHUAKBAR!

Klik Ustaz Azhar Idrus - Hukum Wanita Letak Gambar di dalam Facebook untuk dengar pesanan dan nasihatnya. Apabila difikirkan balik, lebih baik saya tidak upload terus. Untuk apa? Tidak penting pun... saya bukan businesswoman, saya bukan penulis novel, saya bukan public figure atau apa-apa. Jadi, tidak penting, bukan? Namun, saya admire dengan Hlovate, penulis novel. Ramai yang kenal dia melalui penulisan novelnya, tetapi dia tidak pernah dedahkan identitinya.

*Rumors mengatakan Hlovate seorang wanita... mungkin, siapa tahu? Sebab itu saya berkata begini ^_^ 

Ya, saya yang sekarang adalah saya yang kalau boleh tidak mahu mendedahkan identiti saya dan harap saya akan teruskan ini sampai bila-bila. Yalah, hati manusia ini berubah-ubah. Bila-bila masa sahaja saya boleh tukar fikiran. Atas sebab itu, saya mahu istiqamah dan memohon pada Allah hati ini tidak dibolak-balikkan. Semoga Allah redha.

Bagi sesiapa yang sudah pernah kenal saya sebelum ini yang suka mendedahkan identiti, harap tidak mendedahkan apa-apa tanpa kebenaran saya, ya? Saya mohon jasa baik, semoga Allah merahmati kalian. Macam saya kata, kalau mahu kenal saya... kita berjumpa Insya'Allah, kita berukhwah.

Saya nekad, saya mahu post perkara yang baik-baik dan berkongsi ilmu sahaja sekarang. Tidak kira di Facebook atau di blog ini (kalau saya 'update'lah :P) Entah kenapa, saya semakin seronok berkongsi ilmu sekarang. Itulah, apabila kita mahu berubah ke arah kebaikan... Allah sedia membantu bila-bila masa sahaja. Dia bantu saya menimba ilmu tidak kiralah di dalam ceramah, tazkirah, dari rakan-rakan ataupun di dalam internet. Dan saya bersyukur, ibu bapa saya juga salah seorang yang suka berkongsi ilmu dengan anak-anaknya. Setiap ilmu yang saya kongsikan, sesetengahnya adalah kata-kata daripada ibubapa saya juga.

Maha Suci Allah! Subhanallah! Insya'Allah! 

Namun, saya buat semua ini tidak bermakna saya ini perfect atau terlalu baik. Saya sedang berusaha untuk ke arah kebaikan. Saya sendiri sedang baru dari meniarap hendak ke merangkak. Saya juga tidak ketinggalan daripada berbuat silap. Jadi, sekiranya saya silap harap ditegur dengan sebaik mungkin. Tapi, kalau ada orang maki pun saya tidak kisah. Saya ambil dari sudut positif, muhasabah diri balik. Tetapi kepada yang maki itu, muhasabahlah diri juga. Mahu tegur orang, tegurlah secara berhemah dan membina ^_^

Saya mengaku, sebelum ini banyak kesilapan yang saya buat semasa berkongsi ilmu. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menegur saya. Semoga Allah merahmati kalian.

Akhir kata dari saya... (klik gambar untuk saiz sebenar ^^)


Salam ukhwah dan sayang kerana Allah dari saya <3