Saturday, March 26, 2011

Blog baru di'UPDATE'!

Assalamualaikum and hello to all readers~
Sekarang saya dah update satu lagi blog baru, TENGOK gambar bawah ni



ini header nya...


Kenapa saya kata update? Sebabnya blog ini dah berkurun lamanya (lama tak lama sangat la, awal tahun 2010). Asalnya saya buat blog ini khas untuk post aktiviti sampingan saya iaitu menulis, melukis illustrasi dan melukis komik. Tapi itulah, sebab tak ada masa nak update dan hias-hias dan juga malas, saya tak pernah update langsung blog ni sampailah hari ini. 

Hari ini untuk permulaan, saya 'post'kan novel Mena Genolis-Kemunculan Pahlawan Mena-(SIRI 1) yang saya sudah habis tulis pada awal tahun 2009, waktu itu umur saya 18 tahun. Maaflah kalau ada penulisan saya yang anda kurang faham & tunggang-terbalik, maklumlah first time (takut nih!). Penat juga copy paste dari MS Word, so ada problem sikit dengan posting hehe...
Siri Kedua untuk novel ini pun dah lama siapkan cuma tak sempat nak post lagi. Insya'Allah time free saya post. Begitu juga dengan illustrasi-illustrasi yang saya hasilkan. Memang tak sempat langsung nak post semua dalam satu hari. Penat!

By the way, untuk shortcut baca novel itu, klik pada Labels 'Mena Genolis' di menubar sebelah kanan itu ya.Saya buat labels supaya senang kamu semua nak baca, nanti tak adalah keliru dengan post-post lain. Saya amat berterima kasih kepada sesiapa yang mengunjungi blog ini. :)



p/s : harap komen sekiranya ada kesilapan teknikal....hohoho..

2 comments:

  1. terima kasih..blog ni baru2 update jd x brape byk lg yg smpat lg nk susun widget2 tu & byk lg post yg blum dipost hehe..sng2 jenguklah lg :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen! ^_^