Assalamualaikum semua ^_^
Hari ini saya nak buat entri jiwang sikit boleh tak? hehe..Selama saya tulis blog, tak pernah saya tulis tentang cintan cintun ini hehe...Saya juga manusia, punya hati dan perasaan. So sekali-sekala jiwang sikit apa salahnya...(buweeeeeekkkkkk!!! XDD)
Ok, before that I want to ask you about the title of this post.
Ningen no Ai...WHAT THE MEANING OF THAT? (speaking pula dia ni...ish2! :P)
"Ningen no Ai" ini adalah daripada ayat Jepun. (disebabkan minat manga & anime, tahu jugalah bahasa jepun sikit2 hehe..) "Ningen" bermaksud "Manusia", "Ai" pula adalah "Cinta" dan "no" pula adalah penyambungan ayat untuk ayat-ayat jepun yang boleh dikategorikan dalam bermaksud "kepunyaan/milik" ataupun seangkatan dengannya mengikut ayat yang diberikan. Untuk ayat "Ningen no Ai", dalam Bahasa Melayu bermaksud "Cinta Manusia" dan English pula adalah "Human's Love".
Hati selalu dikaitkan dengan cinta
CINTA? Apa sebenarnya anda semua faham tentang cinta? Bagi saya, cinta ini merangkumi kepada beberapa aspek. Antaranya~
Cinta kepada manusia - ataupun bahasa straight to the point, couple/pasangan kekasih la gamaknya...ataupun menyukai seseorang di dalam diam (cinta inilah yang paling2 manusia nampak..hmm..).
Cinta kepada Nabi &Rasul - tidak akan melupakan jasa para baginda satu masa dahulu dan sentiasa berselawat ke atas nabi dan rasul. Yang penting, sentiasa menjadikannya idola sebagai umat Islam dan bukannya artis-artis yang entah apa-apa akhlaknya.
Cinta terhadap Al-Quran - Inilah kitab yang dilindungi sampai bila-bila, yang tidak akan sekali-kali menyesatkan kita.
Cinta kepada ALLAH s.w.t - Cinta inilah yang manusia selalu lupa. DIAlah yang memberi nikmat, DIAlah yang memberi ganjaran...tapi kita sendiri tidak sedar akan kenikmatan yang diberinya. Hai...manusia...manusia...(Ya Allah, jauhkanlah aku daripada golongan yang melupakanmu, Ya Allah~)
Okeylah, berbalik pada tajuk asal. Sebenarnya saya pun tak berapa faham sangat tentang cinta-cinta ni sebab terus-terang sepanjang dalam hidup saya....
SAYA TIDAK PERNAH BERCINTA ataupun BER'COUPLE'~ :)
Haha...ada rakan-rakan yang baru mengenali saya agak terkejut saya tak pernah couple. Biarlah, saya tak pernah marahkan ataupun jatuhkan mereka. Itu hak mereka. Yang penting, ME IS ME! Saya lebih selesa begini. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Allah sudah menentukannya untuk saya.
Bagaimanapun, tipulah kalau saya tak pernah menyukai seseorang. Pernah sudah beberapa kali, tapi kemudian setelah lama tak berjumpa, perasaan tu sudah 'diterbangkan oleh angin' ataupun bak kata orang putih 'free as the wind' (ceh, falsafah pula dia :P)
Mama saya pernah kata, "Carilah orang yang beriman, yang boleh membimbing kakak & anak2 bila kahwin nanti, ada kerja tetap untuk beri nafkah. Doa-doakanlah kakak dapat jodoh yang terbaik. Tak mengapa kalau tak couple sekarang sebab ada jodohnya Allah tentukan. Kalau tak kahwin masa dunia ini pun, di akhirat tetap ada Allah bagi. Biarlah orang nak kata apa, mulut orang bukan boleh senyap."
Sebenarnya, kenyataan mama saya sudah saya fikirkan sekian lama. Sebab itulah, saya malas fikir fasal cinta-cinta ni. Bagi saya, belum masanya. Saya pun masih student, masih banyak perkara yang saya belum fikirkan, masih ada impian yang saya belum capai. Tapi, andai ditakdirkan saya sudah berjumpa dengan orang yang sesuai, saya menerimanya. Bagaimanapun, saya tahu batas-batasnya. Harap-harap dilindungi Allah dari segala maksiat.
Lagi satu, saya lebih suka tengok cinta di dalam anime ataupun manga. Hahaha...kenyataan yang hampeh dari saya. Tak tahulah kenapa. Bagaimanapun, bukan genre romance kesemuanya. Kebanyakannya canon romance, yang non-canon sikit-sikit sahaja. Sebab apa? Kebanyakan anime ataupun manga yang saya tengok dan baca adalah Shounen. Romance dalam shounen tak berapa menonjol sangat tapi best tengok hint/ sweet moment. wakakakakaka.... XDDD
Antara couple yang saya minat dalam shounen anime/manga~
3. Oga Tatsumi & Hildegarde/Hilda (Beelzebub)
4. Kamijou Touma & Index (To Aru Majutsu no Index)
5. Natsu Dragneel & Lucy Heartphilia (Fairy Tail)
*Sila klik link couple di atas untuk lihat gambar*
Hehe..sebenarnya ada banyak lagi tapi 5 cukuplah. Semuanya canon lagi muahahaha...entahlah aku lebih berminat tengok hint/sweet moment berbanding romance ni. Tapi kalau ending mereka bersama, lagi aku suka! XDD
Baiklah, untuk penutup...saya pun sebenarnya tak pasti bolehkah couple2 ini? Ada yang kata tidak, ada yang kata boleh asalkan tahu batas-batasnya seperti lagu KALAU BERPACARAN ini :) Apa yang penting, janganlah sekali-kali lupakan Yang MAHA ESA. Hanya dia sahaja yang menentukan takdir dan jodoh kita. Kita boleh berusaha, tetapi segala perancangan adalah ketentuan DIA.
Wallahualam...
p/s : Saya selesa dengan keadaan diri saya sekarang. Tolong faham dan hormati kehendak saya...saya tak suka dipaksa kalau membuat benda yang dirasakan tidak penting melainkan bab hukum agama untuk menyedarkan saya!

No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen! ^_^