Sunday, March 27, 2011

Sayangilah Nama

Assalamualaikum and hi to all readers
Tadi saya sengaja Google search dengan menaip 'Jannah' kat kotak search tu
Then keluar ini di bahagian Web...

Tersenyum saya melihat hasil searching ni. Tapi awas sekiranya lihat di image, kebanyakan gambar entah apa-apa keluar. Immoral things! Hate it! (ada juga perempuan mat saleh nama Jannah ek?)

Bersyukurlah dengan nama yang diberi oleh kedua-dua ibu bapa kita. Mana ada ibu bapa yang mahu memberikan nama yang tidak elok untuk anak-anak mereka, bukan? Tidak semua nama yang sedap didengar itu maknanya elok, tidak semua nama yang tidak cantik didengar maknanya tidak elok. Apatah lagi zaman sekarang segelintir ibu bapa terpengaruh dengan jolokan nama-nama barat seperti Susan, Hyfa, Dayanty, Remy...kenapa? Nama-nama Islam terlalu sikitkah untuk memberi nama yang baik untuk anak-anak?

Memang tak dinafikan, ada sesetengah nama-nama Islam yang mempunyai maksud yang baik sama dengan nama-nama Barat seperti Danish, Lydia, Hana, Danial, Natasha, Diana, ...apa yang penting adalah niat kita untuk memberikan nama yang baik kepada anak-anak. Senang-senang, rujuk di dalam buku ataupun website nama-nama Islam ataupun lebih selamat pada ustaz atau ustazah untuk mengelakkan daripada memberi nama-nama yang tidak elok. Sekiranya didapati nama itu elok dan tidak bersangkut-paut dengan maksud yang sama dengan nama-nama orang kafir, just go on.

Abah dan mama saya pernah beritahu, mereka memberi nama saya dan dua orang adik saya adalah berdasarkan rujukan. Bukan mereka main letak saja. Nama saya, 'Nur Jannah', memang mereka sudah sedia tahu maksud nama saya itu, adik saya, 'Muhammad Akmal'...saya tidak ingat. Tak silap rujuk di dalam buku agaknya. Nama adik saya yang bongsu, 'Abdul Muiz', asalnya abah dan mama mahu letak 'Abdul Jabbar', tapi atas rujukan dan nasihat ustaz, 'Abdul Jabbar' ditukar kepada 'Abdul Muiz'. Bukan sebab makna 'Abdul Jabbar' itu tidak elok, tapi abah dan mama beritahu menurut ustaz, 'Abdul Muiz' lebih lembut bunyinya...hehehehe...


Sebenarnya banyak nama-nama Islam yang indah-indah didengar dan apa yang paling maksud nama-nama tersebut. Setiap sebutan kita pada nama itu adalah DOA...saya ulang...DOA! Bayangkan kalau nama kita mempunyai makna yang tidak elok, then orang pula selalu memanggil kita dengan nama itu dan menjadi doa, kan buruk bunyinya?

Kepada anak-anak pula, kalau dah ada nama yang elok itu, janganlah pandai-pandai nak tukar nama orang putih pula. Elok-elok nama Suzana jadi Susan, nama Zakaria jadi Zack, Khadijah jadi Khaty, Danial jadi Danny...kononnya nak ikut peredaran zaman moden, padahal nama itu orang putih dah guna berkurun abad dah pun (kena serbulah aku nanti ni). Bagi saya,tak salah kalau nak buat nama singkatan atau nama samaran asalkan mempunyai maksud yang elok sudahlah.

Baiklah, sekian sahaja. Kalau nak membebel lagi, lagi panjang entri ni. Nanti ada orang bosan pula haha...
Okeylah, Wassalam...

p/s : Flow adalah nama penambahan saya yang bermaksud 'Alunan'...Cahaya Jannah adalah asal dari nama penuh saya. Boleh kan? :P

Saturday, March 26, 2011

Blog baru di'UPDATE'!

Assalamualaikum and hello to all readers~
Sekarang saya dah update satu lagi blog baru, TENGOK gambar bawah ni



ini header nya...


Kenapa saya kata update? Sebabnya blog ini dah berkurun lamanya (lama tak lama sangat la, awal tahun 2010). Asalnya saya buat blog ini khas untuk post aktiviti sampingan saya iaitu menulis, melukis illustrasi dan melukis komik. Tapi itulah, sebab tak ada masa nak update dan hias-hias dan juga malas, saya tak pernah update langsung blog ni sampailah hari ini. 

Hari ini untuk permulaan, saya 'post'kan novel Mena Genolis-Kemunculan Pahlawan Mena-(SIRI 1) yang saya sudah habis tulis pada awal tahun 2009, waktu itu umur saya 18 tahun. Maaflah kalau ada penulisan saya yang anda kurang faham & tunggang-terbalik, maklumlah first time (takut nih!). Penat juga copy paste dari MS Word, so ada problem sikit dengan posting hehe...
Siri Kedua untuk novel ini pun dah lama siapkan cuma tak sempat nak post lagi. Insya'Allah time free saya post. Begitu juga dengan illustrasi-illustrasi yang saya hasilkan. Memang tak sempat langsung nak post semua dalam satu hari. Penat!

By the way, untuk shortcut baca novel itu, klik pada Labels 'Mena Genolis' di menubar sebelah kanan itu ya.Saya buat labels supaya senang kamu semua nak baca, nanti tak adalah keliru dengan post-post lain. Saya amat berterima kasih kepada sesiapa yang mengunjungi blog ini. :)



p/s : harap komen sekiranya ada kesilapan teknikal....hohoho..

Thursday, March 24, 2011

Saya budak IT

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua
Try tengok gambar di bawah ini
IT (Information Technology) ataupun dalam Bahasa Melayu dipanggil Teknologi Maklumat.  Maksud teknologi maklumat adalah teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. (sumber : wikipedia)

Faham kan? Baik, sekarang berbalik pada title asal entri ini.
Saya budak IT?
YA! Saya budak IT, seorang student kolej yang mengambil course IT.

Ramai orang kata ambil course ini banyak peluang. Betulkah? Dari pemerhatian saya berdasarkan keadaan zaman sekarang yang juga dikenali zaman siber, era globalisasi ini mungkin betul. Sekarang ini semua guna teknologi. Namun, ada juga sesetengah orang kata susah cari peluang kerja ambil course ni. Yakah? Kenapa? Itu saya tak pasti puncanya, sila tanya orang tersebut....
 
Gambar di atas adalah tiga daripada jenis yang berkaitan dengan bidang IT. Sebenarnya ada banyak lagi....(maaf, saya tak pandai nak terangkan secara terperinci~) Ada banyak pekerjaan yang berkaitan dengan IT ini, antaranya Graphic Designer, System Analyst, Programmer, IT/Art Designer, Data Analyst, Administrator dan sebagainya. Tengok, siapa kata ambil course IT ini tak banyak peluang! Sama sajalah semua!

Tahu tak, semasa saya belum isi apa-apa borang untuk masuk mana-mana IPT, saya langsung tak terfikir nak ambil bidang ini. Saya asyik terfikir nak ambil Nursing walaupun hakikatnya saya tak minat sangat. Tapi itulah, Allah itu Maha Mengetahui, saya isi borang KPTM dan tandakan course IT, DCSN dan...(lagi satu tak ingat) Akhirnya saya dipilih untuk menjadi student IT. Waktu isi borang itu, saya memang blur sebab apa yang saya tahu, saya suka komputer, saya suka internet, agaknya atas sebab itulah saya tandakan course IT dan DCSN. Account dan Business memang dah terkeluar dari list.

Apabila fikir-fikir balik, Allah itu Maha Adil. Saya semakin suka ambil course ini walaupun hakikatnya saya rasa heavy juga dengan subjek-subjeknya terutamanya subjek untuk programming dan matematik. Saya semakin suka meng'explore' komputer, internet dan software. Sekarang ini, saya rasa macam tak lengkap saja kalau sehari tak buka laptop, rasa lain rasanya. Kalau tiada internet, saya 'bermain-main' dengan software kegemaran saya....iaitu PHOTOSHOP! Di situlah saya edit gambar, di situlah saya melukis & mewarna segala digital, di situlah saya design sesuatu dan macam-macamlah. Pendek kata, kalau tak ada internet pun saya tak adalah bosan sangat (tapi lagi best kalau ada internet sebenarnya)


Sekarang, saya sudah berada di semester 4. Alhamdulillah, sepanjang semester 1 hingga 3, walaupun tak pernah dapat dekan, pointer saya maintain 3 pointer ke atas. Insya'Allah, sem ini saya akan cuba buat yang terbaik walaupun nampaknya subjek sem ini heavy juga terutamanya Mathematic 2...FUH!

Sekarang ini saya mula dah nampak sikit apa yang saya mahu buat lepas habis diploma ini. Saya target, saya mahu ambil ijazah multimedia, Insya'Allah kalau diberi peluang sebab saya lebih suka IT yang berkaitan dengan multimedia. Programming? Saya lebih sukakan program untuk web design dan graphic design sahaja, yang lain saya tak minat...(teruk betul minah sorang nih)
 

Di samping itu saya juga ada aktiviti sambilan....
MELUKIS KOMIK & ILLUSTRASI dan MENULIS
Sebenarnya saya buat aktiviti ini sekadar hobi sahaja. Rasanya bagus juga kalau ada job untuk jadi freelancer. Jadi freelancer pun dah cukup tapi masalahnya sekarang tak berpeluang lagi. Saya sebenarnya dah jumpa satu company penerbitan untuk jadi freelancer tapi tengoklah nanti macam mana...Insya'Allah...

p/s : Apa yang saya lakukan ini adalah atas sokongan keluarga dan rakan-rakan juga. Terima kasih semua!

Monday, March 21, 2011

Saya & Tentang S.E.N.I

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua
Baru-baru ini saya ada search lukisan-lukisan HEBAT di Pak Cik Google. Sajalah saya search sebab boring tak tahu nak buat apa. Tengok punya tengok, jumpa macam-macam lukisan yang unik-unik. Kagum jangan cakaplah...kagum tahap luar angkasa jugalah tengok  hasil seni begitu. Saya sebagai seorang yang suka sangat benda-benda seni ni memang teruja dan jealous. Jealouslah sebab tak dapat buat macam tu...huhuhu~ T____T
JOM! Kita usha-usha hasil-hasil seni mereka....serius macam REAL!












Kalau tak silap, seni begini dipanggil seni mural sebab ianya dibuat di dinding-dinding bangunan, lantai...lebih kurang gambar-gambar beginilah...haaaa... (tak tahu nak menerangkan secara terperinci sebenarnya :P)

Saya memang tabik spring la pada artis-artis yang menghasilkan seni mural ini. Saya nak buat begini? Rasanya tidak mungkin agaknya sebab ini sudah mencapai tahap profesional. Saya amatur lagi, setakat lukis illustrasi atas kertas tu bolehlah...paling-paling pun saya lukis illustrasi di dinding lepas tu warna macam biasa saja haha..tapi nak jadi REAL tu tengok keadaan agaknya haha...~

Tengok gambar bawah ni...

Ini gambar wirawati kompeni saya (Kompeni Charlie) masa saya PLKN dulu. Tapi, ini untuk dorm saya sahaja (Tepukan untuk Dorm E!). Dorm lagi satu (Dorm F) gambar berasingan.

Apapun, bukan nak cerita tentang PLKN sekarang ni. Itu, anda semua cuba lihat bendera itu. Itu bendera kompeni saya. Bendera itu buat sendiri tahu? Designer untuk logo bendera itu adalah saya dan seorang lagi kawan saya, Nurul Hayati (saya panggil Yat, dia tiada dalam gambar ini sebab dia penghuni Dorm F). Yat pun pandai melukis juga dan rasanya lebih baik dari saya agaknya (Yat, aku rindu kat hang!) Tukang warna logo tu budak-budak wira kompeni kamilah. Mereka memang suka kerja-kerja mewarna ini haha..

Inilah Yat...yang tahi lalat di sebelah tu saya~


Buat pertama kali saya design sesuatu di atas benda selain kertas. Susah juga melukis atas kain tahu? Apapun, alhamdulillah! Bendera kompeni kami memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Bendera Kompeni Terbaik! Terima kasih juga pada wira-wira kompeni saya yang jadi tukang warna, dan juga kepada Yat sebab dia jadi 'kepala'nya hoho..(tepuk2 lagi)


Baiklah, sekian sahaja! Siapa-siapa yang minat seni macam saya ini, jangan berputus asa berusaha untuk mencapai tahap yang terbaik! Kalau gagal sila cuba lagi sehingga berjaya! Setiap kejayaan pasti ada kegagalan...

p/s : banyak assignment sampai tak sempat melukis...huwaaa!!!! T__T

Thursday, March 17, 2011

Suka cerita SERAM?

Assalamualaikum & salam sejahtera semua pembaca
Setelah sekian lama saya tak tengok 'Stats' di blog, hari ini bila saya tengok balik...
WOW! Pageview sudah 1000++
Terima kasih kepada semua orang yang sudi lihat blog yang tidak seberapa ini huhu... (Terharu ni!)

Okey! Saya mahu mulakan entri sekarang. Tapi, sebelum itu saya mahu tanya sesuatu...

Anda SUKA cerita SERAM? (bajet suspense boleh~)

Sekarang saya nak memperkenalkan satu website yang mengumpulkan kisah-kisah seram. Website ini adalah Malaysian Horror Site yang yg di'owner'kan oleh Tok Kerandut. Mungkin ada yang sudah tahu berkenaan website ini. Kalau sudah tahu, tak apalah. Sekarang saya mahu memperkenalkan website ini kepada sesiapa yang masih belum tahu...tak salahkan?

Klik HALAMAN PUAKA
 Cerita-cerita seram yang ada dalam website ini ditulis sendiri oleh Tok Kerandut sendiri ataupun cerita hasil perkongsian yang dihantar oleh peminat-peminatnya. Actually, saya sendiri tak tahu sejak bila website ini diwujudkan sebab saya pun baru jumpa sahaja hehe...

Sekarang untuk ke laman seterusnya (laman 1), sila scroll page ke bawah dan klik gambar pintu yang buka tutup secara animated di bawah yang terdapat di page yang sama dengan banner tersebut...

Klik di pintu yang ditengah2 tu
 Dan seterusnya, akan keluar 'laman 1' ini...


Selainnya, dipersilakan untuk anda explore sendiri ya~

Kalau tak silap saya, ada lagi website horror yang lain tetapi kebanyakan adalah mat saleh punya. Mat saleh biasalah, tentang zomba....eh,silap!...zombi, halloween, drakula...lebih kurang begitulah. Klik World of Horror Webring. Saya tak tengok lagi website-website yang terdapat dalam URL ini. Nanti-nantilah saya tengok.
Berbalik pada website Halaman Puaka ini, bagi sesiapa yang mempunyai kisah seram, boleh hantarkan kisah seram anda semua pada email tokkerandut@hotmail.com.Berdasarkan apa yang saya lihat, kisah-kisah seram yang dihantar oleh peminat akan dimasukkan ke dalam website ini.

Dan lagi satu, saya lihat website ini tak berapa banyak sangat kisah-kisah seram yang dikumpul. Entahlah, saya pun tak explore habis lagi. Mungkin ada yang saya tertinggal so tak boleh buat andaian awal lagi. Apapun, enjoylah cerita-cerita yang ada di dalam website ini. Then, rajin-rajinlah explore.  

Mungkin website ini tidak seberapa, tapi rasanya cukuplah warna hitam dan merah jadi warna tema. Banyak sangat hiasan tak sesuai pula dengan tema seram kan? Haha..Baiklah, setakat sini sahaja review saya. Nak sambung baca ni hehe..

Oh ya, saya ada dua lagi website kisah-kisah seram untuk dikongsikan bersama..


Selamat Membaca di dalam GELAP!  XD

p/s : Nak hantar cerita seram tapi tak ada pula. Nak buat cerita sendiri malas cari idea huhu.. :P

Friday, March 11, 2011

Review Hikayat Merong Mahawangsa

Assalamualaikum & selamat sejahtera to all readers
Hari ini hati aku puas sangat...
sebab hajat aku nak tengok cerita Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) tercapai
YEAY!!! (Sila tepuk...sila tepuk... :)))

Nah! bukti tiket saya dengan roommate saya :)


Cerita dia bagi saya gempak jugalah. Babak fighting tak payah cakaplah. Nama pun perang mesti ada babak darah memancut-mancut, leher dikelar, tikam-menikam, malah memenggal leher pun ada. WOW! Saya memang suka scene begitu. Hahaha...brutal tak saya? Then, babak komedi turut diselitkan sesuai dengan situasi. Komedinya selamba sahaja tapi cukup untuk membuat saya dan penonton lain dalam wayang tu ketawa. Selepas itu, babak romantik antara putera Rom, Putera Marcus dan puteri China, Puteri Jing Lu agak menarik, begitu juga Merong dan Embok walaupun cuma sekejap sahaja.

Apapun ada kekurangan sikit cerita ni. Suara narrator (pencerita/orang yang menyampaikan cerita) kedengaran agak kurang jelas. Tak tahulah sama ada masalah tempat wayang itukah, masalah suarakah atau memang suaranya dalam filem tu kurang jelas. Suaranya suara orang tua (dah narrator dia orang tua :P). Dah orang tua tahu sajalah suaranya bagaimanakan? Serak-serak basah. Then, babak percakapan dalam cerita ini mungkin agak banyak sikit tetapi semuanya bagi saya berisi, bukan percakapan kosong dan diselitkan juga dengan sedikit  jenaka. Tapi, yang penting babak fighting pun banyak juga, rasanya sama rata saja agaknya. 

Fakta: filem ini menggunakan 70% bahasa Inggeris dan selebihnya bahasa Melayu klasik. 

Baiklah. Sekarang kita tengok hero filem HMM ini. :)


Inilah heronya. Namanya Stephen Rahman Hughes, pernah juga berlakon dalam teater Puteri Gunung Ledang sebagai Hang Tuah. Sekali saya perhatikan pelakon ini....baru saya sedar bahawa Stephen ini...
SANGAT KACAK! har...har...har...(sila tampar saya kalau perlu XD) 
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang filem ni sila klik link di bawah.(sebab nak cerita panjang juga)


Filem ini juga diambil berdasarkan lagenda ataupun mitos Hikayat Merong Mahawangsa ataupun dengan nama lainnya adalah Sejarah Kedah dan dikatakan dari keturunan Raja Iskandar. Ya, dalam filem ini Merong sendiri juga ada menyatakan yang dia adalah dari keturunan Raja Iskandar dari Macedonia. Hmm..kalau ikutkan yang nyata, tidak pasti sama ada dia benar-benar dari keturunan Raja Iskandar atau tidak. Untuk tahu lebih lanjut, sila klik link bawah.


Okey, setakat ini review saya! Berapa bintang nak bagi? Itu tidak penting bagi saya, yang penting saya puas hati dengan cerita ini. Tak tahulah kalau bagi orang lain tak best kan? Yalah, pendapat orang lain-lain jadi saya tak boleh kata apa. Tapi, setakat ini saya tengok, rata-rata rakan-rakan facebook saya yang sudah tengok filem ini semua kata best. Hahaha...

Anda bagaimana?

Kalau nak tahu, sila tonton dan nilailah sendiri...

Okey, wassalam....

p/s : Letihnya bila dah sampai asrama O__o

Thursday, March 10, 2011

TRAUMA

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua pembaca
hari ini saya nak cerita tentang TRAUMA!
sebenarnya Trauma ini adalah salah satu tajuk lagu oleh penyanyi terkenal Jepun, Hamasaki Ayumi
Inilah beliau...waaaa...bling! bling!


Ayumi memang terkenal sejak dari tahun 90an lagi. Banyak dah lagu-lagu beliau saya dengar. Tapi baru-baru ni saya baru terdengar lagu Trauma yang release tahun 2007 ke...2008 entah (waa...ketinggalan budak nih T_T) Saya terus minat lagu ni. Kalau nak dengar, lagu background di blog saya inilah lagunya. Har3...(sile ketuk kepala saya :P)
TRAUMA
kyou no ureshikatta kao kyou no kanashikatta kao
kinou yowakatta jibun to ashita kitto tsuyoi jibun to
anata nara dare ni miseteiru watashi nara dare ni misereba ii

jikan nante mono wa totemo toki toshite zankoku de
demo sono zankokusa yue ni ima ga tsukurarete
hito wo motome yamanai no wa isshun no kaihou ga
yagate otozureru kyoufu ni katte iru kara

ashimoto de yurete iru hana ni sae kidzukanai mama de
toori sugite kita watashi wa kagami ni mukaenaku natte iru

kyou no ureshikatta kao kyou no kanashikatta kao
kinou iyasareta kizu to kyou fukaku hiraita kizu o
anata nara dare ni miseteiru watashi nara dare ni misereba ii

ataerareta jibun dake no shouki to kyouki ga atte
sono dochira mo hitei sezu ni sonzai suru nara

muda na mono afurete shimatta mono yakudatanai mono mo
mayowazu ni erabu yo sou watashi ga watashi de aru tame ni ne

shiawase no kijun wa itsu mo jibun no monosashi de kimete kita kara

kyou no ureshikatta kao kyou no kanashikatta kao
kinou iyasareta kizu ga kyou hirakidashita to shite mo
anata nara dare ni misereru watashi nara ano hito ni misetai

*******************************************************
TRAUMA

Today's happy face, today's sad face.
Yesterday's weak self, tomorrow's strong self.
If it's you, who are you showing it to? If it's me, who should I show it to?
Time is sometimes a cruel thing,
but the present is made by that cruelty.

Unceasingly searching for someone, an instant of release
soon triumphs over the visiting fear.
As I don't even notice the flowers shaking before my feet,
I can't even look at myself in the mirror.

Today's happy face, today's sad face.
Yesterday's healed wounds and today's deeply opened wounds.
If it's you, who are you showing it to? If it's me, who should I show it to?

The sanity and insanity that I was given and are mine only,
Both exist together without negating the other.

Futile things, spilled things, and useless things...
I'll choose with confidence, so I am of myself.

Because I have always defined happiness with my own standards.

Today's happy face, today's sad face.
Even if yesterday's healed wounds have opened today,
If it's you, who can you show it to? If it's me, I want to show it to that person

Hmm...dengar lagu tiba-tiba PLING! Muncul satu ilham untuk buat artwork berdasarkan lagu ni. (ececey..) Dengan berkat kesabaran aku melukis manual, scan, pastu inking dan coloring guna Photoshop CS4, akhirnya terjadilah hasilnya...
p/s : aku color smpai 2 kali sebab terlupa nak save...CISSS!! X(

Versi coloring, sengaja aku letak kaler merah bagi nampak sesuai dengan tajuknya 'TRAUMA'
Versi Grayscale

Habis satu cerita. Lagi satu cerita, saya dah trauma bila drive kereta seorang diri sambil bawa kucing. Nak tahu ceritanya macam mana? Saya pendekkan cerita sajalah ya...

Pagi 9 Mac, saya nak keluar beli sarapan. Saya seorang saja di rumah waktu tu (abah & mama kerja, adik pergi sekolah), abah naik motor pergi kerja so dia tinggalkan kereta. So, saya terpaksa naik kereta nak pergi beli sarapan. Tengok-tengok 5 ekor kucing saya Belang, Momo, Cici, Gigirl & Renchik nak ikut naik sekali. Si comel ni memang pantang nampak orang naik kereta. Jadi saya pun bawalah mereka sekali pergi beli sarapan sekali.

Sampai ke destinasi, saya buka pintu kereta, Renchik lari keluar dari kereta. Saya sempat tangkap ekor dia tapi dia mengiau sakit, jadi saya lepaskan sajalah. Tengok dia lari laju kemain berkeliaran. Yalah, kucing ni kalau sampai tempat baru kan nampak cam fobia lagaknya. Saya tutup pintu kereta, lari kejar Renchik ni. Nasib baik dapat, then masukkan dia dalam kereta, selepas tu baru pergi beli sarapan.

Lepas beli sarapan, saya drive balik. On the way balik baru saya teringat, saya lihat dalam kereta ada 4 ekor saja (Belang, Momo, Gigirl & Renchik). Mana lagi seekor? Mana Cici? Eh, Cici ikut ke tadi ya? Macam-macam saya fikir masa tu...Sampai rumah, 4 ekor kucing saya terus turun dalam kereta  & saya patah balik ke tempat beli sarapan tu. Cari Cici tak ada. Saya terfikir, "Cici ikut ke tadi?" sebab tak percaya dengan apa yang berlaku.

Bila dah cari tak jumpa, saya balik. Saya telefon abah. Abah balik, kami berdua cari balik di tempat tu. Tak jumpa juga. Balik rumah, cari tak jumpa juga. Memang sah dia dah hilang. Menangis-nangis aku. Yalah, Cici hilang sebab kelalaian aku sendiri! Mujur abah, mama dengan adik aku tak marah. Abah kata, "Mungkin Allah dah tetapkan sampai sini saja kita jaga dia, nak buat macam mana...terima sajalah~" Aku lega sikit tapi tetap risau. Yalah, Cici dari kecil sampai sekarang dimanjakan, ada orang bagi makan...

TAPI SEKARANG? Aku terima sajalah.Sejak kejadian ni, aku takkan bawa kucing banyak-banyak pergi berjalan-jalan kalau aku drive seorang diri. Kalau tak ini jadinya huhuhu... T__T

Cici yang di tengah-tengah tu :)

Maafkan kakak Cici. Kakak sayang Cici tapi nak buat macam mana huhhu.... T_____T

p/s : Trauma...dua cerita satu tajuk :P

Tuesday, March 8, 2011

Aku, Family & Kucing Aleera

Assalamualaikum & selamat sejahtera
Hari ini saya hendak berkongsi satu kisah
Ini kisah benar...kisah tentang saya & keluarga...dan juga ALEERA...

Pertengahan Februari 2011
Semasa di asrama, saya menerima panggilan telefon dari abah. Abah beritahu ada kucing kecil baru datang entah dari mana. Saya excited! Saya memang suka kalau ada kucing baru datang rumah. Itu dah menjadi kebiasaan bagi keluarga kami yang membela kucing terbiar. Jiran-jiran pun memang dah tahu kami bela banyak kucing. Kucing yang abah maksudkan amatlah comel tapi garang. (tak adalah garang gila2 hehe..)

Comelkan dia? :)
Hujung minggu saya balik. Tengok kucing itu. YA ALLAH, sangatlah comel! Kucing itu sempurna, tiada cacat celanya. Bagi ikan seekor, fuh! Menderam juga dia bila dapat ikan. Biasalah, kucing liar dapat ikan mentah seekor memang habislah! Habis makan, dia terus pergi merayau. Itulah rutinnya, setiap kali lapar akan datang minta makan lepas itu lesap entah ke mana. Kadang-kadang tak muncul langsung. Tapi kami tak kisah.  Itu memang 'kerja' kami setiap kali ada kucing datang rumah minta makan...Oh ya! Masa ini kucing itu tiada nama panggilan lagi... :)
Kemudian, saya kembali ke asrama....

3 Mac 2011
Hari ini saya tiada exam jadi saya pulang ke rumah pada petang 2 Mac. Kucing itu tiada di rumah tapi saya tak ambil kisah sangat sebab memang sudah maklum dia jenis merayau. Namun pada pagi hari ini, masa saya mahu keluar bersarapan dengan abah saya, saya ternampak kucing itu melintas jalan di hadapan rumah saya. Yang lebih mengejutkan, dia BERJALAN DENGAN KEDUA KAKI DEPANNYA SAJA! KAKI BELAKANGNYA SEAKAN-AKAN LUMPUH & TAK BERGERAK.
Saya dan abah terkejut! Terus kami keluar mendapatkannya. Ya, memang kedua-dua kaki belakangnya tak bergerak langsung! Saya sebak! T___T

Kenapa boleh jadi begitu? Apa dah jadi pada kucing comel ni? Excident ke? Ada orang pukul ke?

Macam-macam persoalan yang saya fikirkan. Terus saya dan abah bawa dia masuk rumah. Pada masa yang sama kami fikirkan, KAMI AKAN JAGA KUCING NI!
Petang itu bawa pergi klinik haiwan. Doktor kata kakinya tak patah...tapi dia tak kata pula tentang lumpuh ke,cacat ke...apa ke...hmmm...apapun kami lega jugalah sebab sekurang-kurangnya kami tahu kakinya akan baik sendiri. Cuma kami boleh urut-urut dengan minyak sajalah.
Lihat kaki ia...nampak tak bermaya kan? 
Malamnya, saya kembali ke asrama....

4,5,6 Mac
Saya balik ke rumah untuk cuti midsem. Saya tengok kucing tu. Masih sama juga keadaannya. 3 Mac petang juga saya balik ke kampung di Penang. Kami bawa kucing itu bersama dengan seekor kucing kami lagi, White. Yang lain tinggal rumah sebab masing-masing dah besar-besar belaka. Syukur alhamdulillah mereka tidak sakit apa-apa :)

Lihat dengan jelas kaki belakangnya T__T
Di kampung, keadaan kucing itu nampak menyedihkan. Dia mula kencing dan buang air besar merata. Kami tak pernah marah. Kami faham keadaannya sekarang. Dia tidak larat berjalan dengan laju, itupun dia gagahkan diri lagi untuk berjalan. Dia memang seekor kucing yang bersemangat. Dia tak sakit, dia sihat...cuma dia tidak boleh gunakan kedua-dua kaki belakangnya.
Waktu malam di kampung, tiba-tiba terdengar mama panggil dia ALEERA. Sebabnya adalah beberapa bulan sebelum ni kami ada tengok video youtube berkenaan seekor kucing putih bernama Aleera. Aleera itu seekor kucing jalanan yang cacat kedua-dua belah kaki belakangnya. Tuannya menjumpainya di satu lorong belakang rumah kalau tak silap lalu menjaganya sehingga akhir hayatnya. Nasib Aleera dalam video itu sama dengan Aleera yang kami bela sekarang ini. Sejak itu, kami memanggilnya Aleera. :)
Aleera memang lalu makan. Setiap kali bagi makanan, Aleera makan dengan berselera. Masa dia makan, Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya hati saya dan keluarga saya. Sekurang-kurangnya kami tahu dia tidak sakit.
Comelnya Aleera :3

Balik sahaja ke rumah kami di Sungai Petani, kami menjaga Aleera seperti biasa. Namun pada 6 Mac malam, setelah kami balik rumah dari makan di luar, kami lihat najis merata-merata. Malah termasuk di bilik adik saya. Masa itu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kami. Jauh di sudut hati, agak geram juga tapi kami tak boleh marah. Aleera tak sengaja~ Ya, Aleera memang tak sengaja! Aleera tak dapat berjalan laju seperti kucing-kucing lain untuk ke bilik air. Kedua-dua kaki belakangnya sudah CACAT! Kenyataan doktor yang mengatakan kakinya akan pulih sendiri sudah dihapuskan. Bukan apa, ini adalah sebab darah sudah tidak mengalir di kedua-dua belah kakinya setelah sekian lama. Masakan mana boleh berjalan sudah.

Dengan sabar, malam itu juga kami membersihkan kawasan rumah yang terkena najis Aleera. Yalah, najis haiwan ini mana boleh basuh begitu sahaja. Ada cara basuhannya. Ada hikmah disebalik semua ini. Setelah kerja pembersihan selesai, lantai rumah kami jadi licin dan berkilat...muahahahaha!!! (gelak pula dia XP)
Kami buat keputusan, kami letakkan Aleera dalam sangkar kucing lalu diletakkan di dalam toilet rumah kami. Kalau Aleera nak buang air senang, tidak berterabur dan nanti senang dibasuh.

KASIHAN ALEERA!


7 Mac
Hari ini saya seorang saja di rumah pada paginya. Adik ke sekolah manakala abah dan mama pergi kerja. Lebih kurang pukul 11.45 pagi, saya ambil sangkar Aleera lalu diletakkan di perkarangan rumah. Saya mahu membersihkan Aleera. Sangkar Aleera yang dilapik dengan tuala sudah dipenuhi najis dan kencing. Saya keluarkan Aleera dulu untuk menukar lapik kain sangkar. Kain lapik yang sudah terkena najis dibersihkan. Kemudian, saya bersihkan badan Aleera yang berlumur dengan najis. Saya lupakan kegelian saya memegang najis. Saya sudah lali dengan najis kucing selama ini jadi saya tak kisah.

Lepas saya bersihkan Aleera, saya menciumnya lagi sekali. Badannya masih bau tahi. Jadi saya buat keputusan untuk  memandikannya pula. Sabun haiwan masih banyak lagi. Apalagi, saya 'hentam' Aleera cukup-cukup muahahaha...(gelak lagi!) sampai Aleera mengiau-ngiau. Kucing mana suka mandikan? hahahaa... XDD
Lepas mandi, saya lap badan Aleera. Badannya menggeletar. Saya cium dia. YEAY! Aleera sudah wangi! Saya letak dia dalam sangkar dan letak di bawah cahaya matahari bagi Aleera rasa panas sedikit

Aleera sudah wangi :)

Selepas dia kering, aku masukkan dia balik ke perkarangan rumah. Saya temankan dia sekejap. Kemudian, saya masuk dalam rumah, tinggalkan dia di dalam sangkar di situ-membiarkan dia mengambil angin di luar.
Petangnya, saya,abah dan mama pergi ke Tesco untuk beli pampers bagi Aleera pakai. Tujuannya untuk bagi Aleera tidak buang air merata-rata lagi. Malamnya, mama pakaikan dia pampers itu. Aleera sangat comel! Tak payahlah dia duduk di dalam sangkar lagi lepas ni. Aleera nampak cergas dan manja. :)


Comelkan dia? Hehehe..
Alhamdulillah, Aleera masih sihat sekarang. Keadaannya semakin baik. Dia mungkin cacat, tapi kasih sayang kami pada dia tak pernah berubah. Kami seronok tengok dia makan, berjalan...atau lebih tepat mengheret sekarang hehehe...

Saya terfikir, mungkin Allah tidak berikan ahli keluarga yang cacat, tetapi menemukan kami dengan kucing yang cacat walaupun pada mulanya kucing ini sempurnya fizikalnya. Banyak ujian yang kami hadapi sepanjang membela Aleera. Bagi kami, kami tak kisah. Kami lebih gembira melihat Aleera sihat disamping kami. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Sekurang-kurangnya saya dapat merasai apa rasanya menjaga orang/haiwan cacat. Ini baru kucing, kalau manusia...YA ALLAH~ mungkin lagi tinggi tahap kesabarannya.

Keadaan ini mengingatkan saya, tidak semua benda sempurna dalam dunia ini. Dan saya bersyukur kerana saya dilahirkan sempurna di dunia ini Ya Allah~

p/s : Beringat-ingatlah apabila kita kahwin nanti, bagaimana sekiranya Allah memberikan kita anak yang cacat? Berdoalah pada Allah selalu...dan redhalah dengan pemberianNya~