Sunday, April 24, 2011

MELAYU dan ISLAM....berbeza atau sama???

Assalamualaikum semua...
Saya baru 'jalan-jalan' di Google search tadi. Tak tahu nak buat apa dah bila on internet ini. Masuk satu forum ni...kira macam forum discussion la kiranya. Dalam forum itu, ada seorang ahli buat satu tajuk dan komennya seperti ini (klik gambar untuk saiz besar)


Nampak kan? Okey sekarang ini bukan nak bincang tentang pakaian perempuan zaman sekarang ini. Itu...boleh baca kan tajuk entri di atas tu. Haa...itulah yang mahu dibincangkan sebab berdasarkan komen ahli seperti di atas itu, ada satu ayat yang menarik perhatian saya untuk buat entri ini.

"...yang peliknya mereka ni semua MELAYU...diulangi MELAYU..."

Bagi saya, ayat itu lebih tepat ditulis begini...

"...yang peliknya mereka ni semua ISLAM...diulangi ISLAM..."

Kenapa begitu? Rasanya semua orang dah tahukan, zaman sekarang sudah ramai Melayu yang murtad (keluar dari Islam). Jadi, sebenarnya istilah Melayu yang digunakan amatlah tidak sesuai. Kalau Melayu itu bukan Islam, ikut suka dialah nak pakai macam mana pun sebab agama lain selain Islam tidak menetapkan sebarang peraturan pakaian dan benda lain. Dah banyak dah ayat-ayat yang saya jumpa lebih kurang seperti ayat di atas...kalaulah saya boleh tegur...

Apa beza Melayu dan Islam? 


Melayu adalah BANGSA...Islam adalah AGAMA...jauh bezanya seperti langit dan bumi. Memanglah kalau diikutkan kita sudah sinonim dengan Melayu Islam. Tapi mungkin itu dulu-dulu punya cerita, sekarang ini zaman kita dah hampir-hampir sama dengan zaman jahiliah dulu. (Maaf jika ayat ini agak kasar) Sudah beribu-ribu Melayu murtad...dan semakin ramai bangsa-bangsa lain seperti Cina, India mahu mendekati Islam, Alhamdulillah kerana mereka dipilih Allah untuk menemui hidayah...kepada Melayu yang murtad, selagi mereka masih berpeluang, mereka masih sempat untuk bertaubat.

Dan lagi satu bezanya, bangsa selalunya berpegang pada adat. Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain ada adat tersendiri. Agama pula berpegang kepada...err...apa ya? (maaf tak tahu dipanggil apa) Apa yang saya boleh beritahu, segala peraturan-peraturan yang melibatkan agama wajib dibuat oleh manusia manakala adat...orang kata "tak buat pun tak apa". Contohnya macam berkahwin. Kalau ikut adat Melayu, kita ada istilah 'bertunang'. Kalau ikut procedure Islam Rukun Nikah, mana ada istilah bertunang. Carilah sampai bila-bila pun takkan jumpa. Sebab itulah kalau tak bertunang pun tak apa. Kahwin terus...jimat bajet! Hehehe...

Sekarang ini bangsa Cina, India dan juga bangsa lain semakin ramai masuk Islam. Dan juga terdapat juga orang beragama Islam di luar negara seperti Amerika, Sepanyol, Thailand...Sepanyol dan Thailand ini sebuah negara Islam yang luas satu ketika dahulu. So, masih mahu kata orang Melayu sahaja yang Islam? Istilah Melayu sangat-sangat tak sesuai digunakan apabila melibatkan agama. 

Pendek kata, bukan semua Melayu itu ISLAM dan bukan semua bangsa lain selain Melayu itu BUKAN ISLAM

Wassalam...
p/s : Saya tak 'tunjuk' kepada sesiapa dalam entri ini. Sekadar mahu berkongsi... :)

17 comments:

  1. tapi melayu sinonim sangat dengan islam kan? lau ade orang melayu yang menganuti agama lain,konfem kite jadi heran kan?

    ReplyDelete
  2. noona : yup! dlm entri di atas pun sy ada nyatakan kan yg Melayu sinonim dgn Islam. klu dlu mngkin heran, tp zmn sekarang ni dah x heran klu melayu anuti agama lain bila mereka dh murtad. dh ramai dah skang ni.. ^__^

    ReplyDelete
  3. Bangsa tak bermaksud sama agama ! pernah buat dulu entry ni :P

    ReplyDelete
  4. tak sama pun. ada yang melayu, tapi kafir jugak. ouhh. kalau islam, dia mesti patuh perintah Allah.
    adoi, ramainya nk jadi kafir. haha

    ReplyDelete
  5. @Abdul Farique : memang tak sama...yaka? nak geledah balik entri farique jenuh..byk sgt hehe..

    @ainina jelani : betul2..tp itulah sesetengah org klu islam mesti dikaitkan dgn melayu sdgkan bkn sema melayu Islam..hmm fikir2kan la

    ReplyDelete
  6. Errrk,sebenarnya ada lagi Melayu yang anuti agama lain sejak zaman penjajahan.Cuba buat kajian lain...Kebanyakan di Sabah and sarawak ada yang Melayu..Tapi bukan beragama Islam dari dulu lagi dan zaman penjajahan still ada.Memang tidak boley di nafikan Melayu sinonim dengan Islam.Tapi mengikut celebrium otak yang waras.Bangsa tetap bangsa.Agama tetap agama..(^.^)

    Bagi saya,kalau Cik pergi ke negeri china plak di Ghuan xou..Ada gak china Islam,ada gak china agama lain..

    Begitulah di Amerika syarikat dan seumpamanya..(",)

    Psst : Itu cuma pandangan pribadi saya dan beserta kajian yang agak bersahaja..Hahaha

    ReplyDelete
  7. Cik Anon : It's okay! sekiranya ada tambahan info blh saja dikongsikan di sini sbb sy pun bkn tahu semua haha... terima kasih kerana berkongsi info :)

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya kita memang berasa pelik sebab kita berada di negara 80% Islam.Sebenarnya kalau kita menggunakan fikiran yang agak open..Kita akan kenal pasti realitinya...

    Cuba CIK Flow lihat semula dan kaji....Kita pergi ke negeri sabah dan sarawak...Sebenarnya masih ada yang melayu tulen menganuti agama lain di sana.Cuma kita tak sedar.

    Memang kita akan rasa pelik jika kita ni seorang yang beragama Islam...Cuba kita pergi ke negara china pula..Realitinya diorang bangsa cina,tapi agama juga berbeza..So,apa yang boleh di simpulan bahasakan....

    Dimana jua negara mempunyai bangsa tetapi yang membezakan kita ialah Agama.Kita semua sama dan spesis manusia yang dicipta Allah S.W.T.

    Errr pasai "betul2..tp itulah sesetengah org klu islam mesti dikaitkan dgn melayu sdgkan bkn sema melayu Islam..hmm fikir2kan la" yan cik flow cakap tadi...Bior jolah diorang nak cakap ape...Yang penting kita ni Islam..(^,^)

    Kan...kan....

    ReplyDelete
  9. Ismail Yop : haha..bkn apa, kdg2 rasa mcm nak tegur je klu ada org ckp camtu. Nak perbetulkan statement yang diorg fikir selama ni tapi itulah, mulut saya ni jenis terkunci skit hehe..tapi asalkan kita Islam yang beriman kpd Allah yg satu pun dah cukup. ada sesetengah org, luar je Islam tp hati kafir...biorlah kan? kan? :)

    ReplyDelete
  10. Yes,itulah yang terbaek....Lama-kelamaan diorang akan nazak gak,Hehehe..Nak nasihat diorang suma ni..Ada satu jalan sahaja...Cik mahu tahu x?

    ReplyDelete
  11. flow,jom join cabaran menulis 30 minggu kt 100penulis..^^

    http://www.100penulis.com/2011/04/cabaran-30-minggu-latihan-menulis.html

    ReplyDelete
  12. Ismail Yop : haha...boleh jugak! apa dia?

    Afza : insya'allah klu saya ada masa...skang ni busy sgt2.. :)

    ReplyDelete
  13. aq thu la..
    dari tafsir perlembagaaan
    Melayu ditakrifkan
    1.mengamalkan adat Melayu
    2.Beragama Islam
    3.lazimnya fasih berbahasa Melayu

    tu bru Melayu sebenarnya ..

    ReplyDelete
  14. setengah org faham melayu tu islam.. islam tu melayu.. ini fahaman yg silap.. tp sekurang-kurangnya dia sensitif dengan peraturan islam.

    hs

    ReplyDelete
  15. Faeez_StranGer : klu diikutkn dlm perlembagaan mmg mcm tu..skang ni m'sia guna Perlembagaan 1957, bnda tu da berpuluh-puluh tahun dlu tp apa yg pnting hakikatnya sekarang ini sudah lain...apa yg penting adalah manusia itu sendiri..perlembagaan itu hanya sekadar perlembagaan bertulis.. baguslah kalau faeez tahu :)

    Cik Anon : saya setuju dgn anon :)

    ReplyDelete
  16. Senang sahaja cara dia...Perempuan yang baik perlu berkawan dengan diorang perempuan yang perangai yang agak bebas..

    Melalui proses ini memang agak sukar jugalah untuk menasihati rakan2 sedemikian...Perempuan yang baik itu perlu jadi satu kepala dengan diorang tetapi masih menutup zon2 terlarang..Cuma perangai sahaja harus sama dengan kelompok ini.

    Justeru,langkah seterusnya...Perempuan yang baik perlu mengambil satu masa yang sesuai,berkomunikasi dengan setiap rakan didalam kelompok ini secara face to face.

    Dan terbukti langkah Face to face dengan seorang lebih baik daripada kita menasihati di dalam kelompok kumpulan...

    Mengikut kajian yang saya telah buat...Dalam satu kelompok itu sebenarnya mereka menyedari tentang kesalahan mereka..Cuma bila di dalam kelompok..Cuba cik Flow berada di kelompok cik flow...?Apakah cik flow akan buat jika kelompok cik flow dinasihati dengan perkara yang kelompok semua tidak suka mendengar..Mereka akan ignore sahaja...

    Salah seorang daripada mereka akan mula berkata,"nak nasihat orang konon"Lalu,the other kelompok akan juga turut serta mengikut rentak ketuanya atau pon kawan..

    Kesimpulan : Nasihat yang terbaik adalah nasihat yang merangkumi dua orang di masa yang sesuai dan dilakukan secara face to face.

    Itulah lebih baik lagi berbanding nasihat manusia secara menulis di blog,facebook,dan mana-mana alam maya.Kerana melalui cara yang saya sebut tadi iaitu nasihat secara face to face lebih cepat di terima..

    Saya banyak buat kajian mengenai masalah remaja..Saya tahu apa masalah mereka semua.. (^^)

    ReplyDelete
  17. mmg sy berada dlm situasi tu sekarang ni..tp nk kata sy ni baik sgt2 x jugalah kan hehe..terima kasih Ismail Yop! :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen! ^_^