Assalamualaikum semua
Waaaaa....dah berapa hari ya saya tak update blog?
Sekejap! 1...2...3...4...5...haha rasanya dah hampir 5 atau 6 hari rasanya...
Ini semua gara-gara sibuk menyiapkan assignment dan projek sebelum due date (yang kau buat kerja last minute kenapa?!) Tak kisahlah, yang penting utamakan yang penting dahulu! Kejar coursework ni sebab 10/5/2011 sudah start FINAL EXAM!
Pencapaian semester ini? Overall okeylah juga cuma takut subjek Object Oriented Programming (OOP) dan Mathematic 2 sahaja. Entahlah, saya rasa kedua-dua subjek ni agak killer sikit bagi saya. Alhamdulillah, coursework Mathematic 2 saya okey. Insya'Allah, selebihnya markah untuk final saya akan usahakan. OOP? Coursework untuk OOP tak keluar lagi. Ini yang takut sangat ni. Harap-haraplah okey juga dan saya dapat kejar masa final exam nanti.
Tahun depan sudah masuk semester 5. Insya'Allah kalau tiada aral melintang, saya akan menjalani ujian praktikal awal tahun depan. Haha...selamat menghadapi alam 'pekerjaan' Jannah. Apa yang penting selepas habis diploma, Insya'Allah mahu sambung degree pula. Mungkin ambil degree Multimedia agaknya. Itu target saya~ Di universiti mana tak tahu lagi...tapi saya cuma nampak KL saja sekarang ni. Yalah, di KL ada macam-macam yang kita nak. Cuma kos hidup sana sajalah yang tinggi. (Ikat perut la aku gamaknya)
KERJA?
Tak terfikir lagi tentang kerja. Tapi katakanlah kalau saya dapat tawaran kerja sebelum dapat degree, rasanya saya mungkin kerja dulu. Degree bila-bila boleh sambung. Kerja? Hmmm...kalau tolak tawaran, tak tahulah ada lagi tak kerja lain yang datang. Bagaimanapun, tengoklah nanti keadaan bagaimana.
JODOH?
Tak mahu fikir lagi! (gelak...gelak...gelak...) Kalau boleh tak mahu cari lagi selagi saya belum habis belajar. Kalau dah kerja mungkinlah agaknya. (gelak lagi!) Walaupun hakikatnya saya sudah admire seseorang seperti yang saya ceritakan dalam entri FCJ admire seseorang???, saya tak mahu terburu-buru. Tambahan pula, rasanya sudah semakin mustahil sekarang sebab dia semakin jauh untuk meneruskan pengajiannya sekarang. Biarlah, kalau ada jodoh, akan ada...kalau tidak...itu namanya sudah tak ada jodoh. Mungkin ada orang lain yang ALLAH tentukan untuk saya.
Haa...sudah habis lepas rindu pada semua blogger hehehe...tengok di Stats, pageview tetap ada walaupun saya tidak update blog tetapi semakin sedikit. Tak apa, saya sudah update blog! Minta maaf ya sebab lama tak update! Sengaja hari ini cerita begini sedikit untuk permulaan setelah hampir seminggu tak ber'blog'...
p/s : Minggu depan presentation SAD!
Yosh~~
ReplyDeleteYosh Sauru! :))
ReplyDelete