Assalamualaikum semua...!
Baru-baru ini dalam entri latest saya, HEADER BARU!, ada seorang blogger komen mengatakan adakah saya ini Flow Cahaya Jannah dalam laman Deviantart itu? Lihat komen beliau...
Saya pun tak tahu apa perasaan saya tatkala baca komen itu. Terharu? Ya, mungkin juga sebab tak sangka ada juga orang mengenali dari situ. Untuk pengetahuan, memang saya ada sign akaun Deviantart dulu dengan menggunakan nama Flowlily Cahaya Jannah. Kalau nak tahu dari nama deviant situlah saya dapat nama pena 'Flow Cahaya Jannah'...nak tahu lebih lanjut baca SINI.
Tak sangka ada juga orang kenal saya dari situ walaupun hakikatnya saya aktif sekejap saja akaun Deviantart itu. Selepas itu tak aktif dah sampai sekarang sebab malas hehe...(sila ketuk kepala saya) Biarlah saya upload lukisan saya di facebook sahaja sudah memadai. Rasanya saya dah delete dah akaun tu tapi sampai sekarang tengok ada lagi. Huhu...bagaimana cara nak delete akaun itu sebenarnya?
Oh ya, sini saya tunjukkan page Deviantart saya...
Kalau nak jelas sila klik DEVIANT FLOW. Sebenarnya tak payah tengok pun tak apa, bukannya ada apa pun. Macam saya kata, aktif sekejap sahaja. Upload gambar pun tak banyak. Dengan ini saya nak beritahu bahawa saya sudah tidak aktif ber'deviantart' (macam buat ucapan pulak!). Ingatkan dah ada orang lupa tapi bila ada orang komen begitu, baru saya sedar.
Atau...dia maksudkan Flow Cahaya Jannah yang lain? Hoho...kalau yang lain malu jugalah ini! Tapi bila google search, Flow Cahaya Jannah yang saya tengok cuma saya seorang sahaja. Adakah yang lain? Manalah tahu kan? Apapun, untuk Din (pengkomen tersebut), terima kasih atas komen itu. Rasanya dia ini pun pelukis juga. Memang terharu gila-gila ni. Saya tak nafikan orang kenal saya melalui artwork saya...dari facebook, kolej dan yang terkini blogger. Itu anugerah ALLAH yang tak ternilai harganya. Cuma saya nak tegaskan di sini....
~SAYA MASIH BUDAK BARU BELAJAR. I STILL HAS A LONG WAY THAT I HAVE TO ACHIEVE IT~
(Maaf kalau ada kesalahan grammar <---not very good in English)
SeKiAn...WaSsALLaM.
p/s : Banyak lagi kerja artwork saya yang masih belum selesai...FINAL EXAM semakin dekat!
he3, Bdk Botak lak x pernah ada akaun kat situ...
ReplyDeleteEntry terbaru 11 Tanda Korang Nie Kena Penyakit Computerholic... (",)
haha igtkan budak botak nk kata prnah ada..bru nk usha XD
ReplyDeletehaha memang betul la ye ^^
ReplyDeletehaha slalu tgk name tu kat FB ngn D.A hehe ^^
^_^