Thursday, April 14, 2011

GAMBAR/PATUNG BERNYAWA untuk hiasan dalam rumah?

Assalamualaikum semua!
Hari ini saya nak berkongi pengetahuan sikit~ Rasanya perkara ni semua orang dah tahu agaknya...
Bolehkah letak gambar/patung BERNYAWA dalam rumah untuk hiasan?
Jawapannya....

TAK BOLEH and NEVER!


Pernah dengar tak orang atau para ustaz kata, "Letak bernyawa dalam rumah malaikat tak masuk nanti?" atau lain dialog tapi membawa maksud yang sama. Mungkin ada yang tak pernah dengar tapi rasanya majoriti pernah dengar. Yalah, kalau semua orang pernah dengar takkanlah ada lagi segelintir buat begitu! Masing-masing dah dewasa fikirlah sendiri~

Apa dia yang 'bernyawa' tu? Maksudnya adalah manusia dan haiwan. Bukan sahaja malaikat tak masuk rumah, malah syaitan yang seronok 'bergayut' dan 'bermain' pada patung/gambar tersebut. Mahu ke jadi begitu? Tentuk tak mahu kan? Ada hadis yang mengatakan tentang perihal ini tapi dah lupa bagaimana potongan ayatnya. Harap maaf ya~

Apapun, saya ingat lagi. Dulu, masa bulan puasa (masa tu saya Tingkatan 5), saya ada mendengar tazkirah daripada seorang ustaz di surau selepas habis sembahyang tarawih berkenaan tajuk begini. Ustaz itu kata, boleh nak letak gambar frame manusia di rumah dengan syarat kedudukan gambar manusia tu mestilah atas daripada jantung. Maknanya gambar muka sajalah sebab dah atas daripada jantung kan? 
Entahlah, saya kurang pasti dan masih was-was dengan tazkirah tu. Jadi, senang-senang tak payah buat langsung!

Bagaimanapun ini tak bermakna tak boleh langsung nak simpan gambar/patung bernyawa. Boleh tapi dengan syarat jangan buat hiasan rumah. Gambar boleh disimpan dalam album, patung boleh saja buat main-main dan simpan dalam almari, terutamanya mainan patung untuk kanak-kanak.(Amaran, patung saiz kecil sahaja! Patung yang saiz besar memang sah untuk hiasan, jangan beli langsung!)

Haaa...jom tengok gambar bawah ni...



Haaa...teddy bear begini majoriti perempuan suka! (Lelaki pun ada tahu!) Kenapa? Sebab lembut...boleh buat 'bantal' peluk masa tidur selain rekaannya yang comel! Sebenarnya teddy bear begini pun tak boleh dibuat hiasan. Tapi untuk bermain, peluk-peluk, lempar-lempar...boleh sahaja. Jadi kesimpulannya...

JANGAN JADIKAN GAMBAR/PATUNG BERNYAWA SEBAGAI HIASAN RUMAH!

Faham kan? Selain itu, kalau nak gantung juga gambar sebagai hiasan rumah, ambillah gambar pemandangan ke, gambar pokok-pokok ke, gambar buah-buahan ke, gambar makanan ke...or anything except the living thing! Got it? 

Sekiranya ada kesalahan dalam entri saya ini, saya harap ada yang memperbetulkannya ya? Saya hanya berkongsi apa yang saya tahu...kita kena share dengan ilmu yang kita ada, kan? Wassalam...
p/s : Dah lama tak buat puzzle gambar pemandangan dengan mama...

9 comments:

  1. Assalamualaikum jannah...
    betul tu..mak ct pun ada ckp..time kecil2 dulu...anak2 patung, ct
    buat main bola dgn abg ct... hehehe =)

    ReplyDelete
  2. waalaikummussalam...
    haha...sy pula anak2 patung main lempar2..
    ganas x ganas tu.. hahaha XD

    ReplyDelete
  3. Assalam...betul2, tak boleh and never...tapi yg barang permainan utk kanak2 tuu diharuskan...berdasarkan satu hadis...boleh tgk kat sini Hukum Memiliki Anak Patung dan 'Teddy Bear'

    ReplyDelete
  4. wassalam...yup betul2!
    btw thanks for the sharing! :)

    ReplyDelete
  5. assalam.. satu peringatan yg bagus.. XD

    ReplyDelete
  6. thanks! utk perkongsian bersama :)

    ReplyDelete
  7. BL pown ta letak kat umah....takot...huhu

    ReplyDelete
  8. hmmm.. ak pon penah gak dgr pasal hadis nih..
    tp ada yg cakap boleh selagi gambar tuh bukan tulisan tangan ke camne ntah.. hmm.. nk kene rujuk pakar agama nih..

    ReplyDelete
  9. shikin : betul2..mcm bnda tu hidup plak haha XD

    kyow_9 : klu tulisan xpa kyo. tambah2 lg klu gantung tulisan khat utk ayat2 AlQuran...boleh saja asalkan bukan gambar 'bernyawa' :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen! ^_^