Saturday, April 30, 2011

Hanzalah - Syahid selepas dinikahkan

Assalamualaikum..
Pernah dengar tentang sahabat nabi bernama Abu Hanzalah bin Ar-Rabie? Beliau adalah salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang mati syahid semata-mata mahu mempertahankan tentera Islam.
 
 Malah, kumpulan nasyid terkenal Rabbani pun membuat lagu tentang beliau bertajuk 'Hanzalah' yang di'release'kan pada tahun 2008 dahulu kalau tak silap. Waktu itu Allahyarham Ustaz Asri ada lagi. Entahlah saya pun tak ingat sangat tapi memang nasyid ini memang sudah lama. Kalau nak dengar boleh search sahaja di youtube...bagi mereka yang tak pernah dengarlah sebab saya pun baru tahu nasyid ni awal tahun lepas (sila tembak kalau perlu!) sebab saya ini jenis malas nak search lagu-lagu tak kiralah lagu-lagu apapun. Asyik layan lagu anime saja. Saya tahu nasyid ini pun dari adik saya. Sekarang ini baru rajin sikit nak search dan download lagu.

Ini lirik lagunya...

Relakanlah perpisahan kita ini
Iringilah pemergian daku nnti
Dengan doa yang tidak berhenti
Moga Islam terus berdiri

Usapilah genang airmata kasih
Senyumanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu di syurga

Bepisahlah dua jiwa
Meninggalkan kuntum cinta
Mekar di istana taqwa
Menyahut panggilan Allah

Dengan nama Mu Allah yang Maha Gagah
Langkahku atur pasrah daku berserah
Menangkanlah kaum Muslimin
Hancurkanlah kaum musyrikin
Demi Islam ditegakkan

Hanzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya

Turunlah Malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke firdausi

Hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Baru diijabkabulkan
Rela menyahut seruan
Demi islam ditegakkan
Jihad menjadi pilihan
 
Mudah sahaja kan liriknya. Tiada kiasan-kiasan...tengok liriknya pun dah tahu bagaimana ceritanya tentang sahabat Rasulullah ini.
 
 Rangkap 1-3
Menceritakan tentang perpisahan Hanzalah dengan isterinya. Waktu itu, beliau dengan isterinya baru sahaja diijabkabulkan. Malamnya, beliau yang tidur terus terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi gendang perang yang sangat kuat. Beliau mendapat seruan jihad daripada salah seorang sahabatnya. Beliau terpaksa menyahut seruan Allah itu dan terpaksa meninggalkan isteri yang baru sahaja dinikahinya. Isterinya pula merelakannya pergi. Di sinilah menunjukkan bahawa kesanggupan Hanzalah meninggalkan isterinya untuk menyahut seruan Allah dan ketabahan seorang isteri memberi laluan kepada suaminya menyahut seruan Allah.

Rangkap 4 (agaknya) adalah monolog Hanzalah dalam doanya...

Rangkap 5-6
Menceritakan tentang pertempuran Hanzalah di dalam peperangan. Beliau sangat bersungguh-sungguh dan akhirnya beliau sendiri mati syahid di situ. Maka, dari situlah baginda Rasulullah ternampak mayat Hanzalah dimandikan malaikat dengan air dari awan di dalam bejana perak. Salah seorang sahabatnya melihat wajah Hanzalah...tenang~ Sesungguhnya Hanzalah mendapat layanan istimewa dari malaikat dan belum pernah lagi seorang syahid dimandikan dengan cara luar biasa itu. 

Haaa...Rangkap 7 itu adalah kesimpulan dari cerita Hanzalah itu. Lagi satu, ada satu kisah lagi di sebalik cerita Hanzalah ini. Cerita ini mama saya yang cerita sendiri, agaknya dia terdengar ceramah mana-mana agaknya tentang kisah disebalik ini...

Hanzalah ini adalah seorang sahabat Rasulullah. Beliau ini tidaklah sekacak mana...langsung tidak kacak. Malah tiada seorang perempuan pun yang mahukannya. Bagaimanapun, beliau seorang yang taat kepada Allah. Suatu hari, Hanzalah ini berhajat mahu beristeri. Namun, beliau tahu tiada seorang gadis pun mahukannya lalu meminta pertolongan Rasulullah untuk meminang mana-mana gadis yang dirasakan baik untuknya. Maka, Rasulullah pun pergilah ke rumah seorang gadis dan meminanglah wanita tersebut untuk Hanzalah. Bagaimanapun, bapa gadis itu terus menolak apabila diberitahu anaknya akan diperisterikan oleh Hanzalah. Jadi Rasulullah pun pulanglah. Apabila gadis itu mendapat tahu akan hal itu, dia menegur ayahnya, "Mengapa ayah menolak pinangan Rasulullah? Sesungguhnya pilihan Rasulullah adalah yang terbaik sekali berbanding yang lain." Mendengar akan itu, maka si ayah bersetujulah. Bernikahlah mereka dan seterusnya malamnya, peristiwa terjadi seperti yang sudah diceritakan dalam lirik nasyid itu. 
Kemudiannya, mama saya beritahu lagi, bukan sahaja mayat Hanzalah dikelilingi malaikat, malah dikelilingi juga oleh bidadari-bidadari dari syurga yang jauh lebih cantik berbanding gadis-gadis di dunia ini yang kononnya tidak sukakan Hanzalah kerana beliau tidak handsome.

Jadi kesimpulannya setiap kali saya mendengar lagu Hanzalah, hati saya sayu. Sangat sayu! Feelingnya lain macam hahaha...tak tahulah nak kata bagaimana. Rentak nasyid ini pun best! Melodinya memang tangkap feel gila...(eh, yang kau ni tiba-tiba emosi terlebih apahal jannah?!)

Wassalam...

p/s : Sama-samalah kita doakan arwah Ustaz Asri di sana...

2 comments:

Terima kasih kerana meninggalkan komen! ^_^