Thursday, April 21, 2011

Koleksi Digital Colouring

 Assalamualaikum dan hai semua~
Sudah dua hari saya tak update blog, kan? Ini disebabkan saya tak sempat di samping broadband yang 'laju' gila ni. Inipun nasib baik ada broadband ini...kalau tidak jangan harap dapat guna internet di asrama ini. WI-FI asrama ada masalah sekarang jadi tak dapat guna.

Saya tak ada entri apa-apa yang nak dibebelkan hari ini. Cuma untuk update entri, saya hanya mahu post segala digital colouring yang saya lakukan sepanjang hidup saya (ayat tak boleh blah!) Tentang lukisan, ada yang saya lukis manual dan ada yang saya lukis dengan pen tablet dengan menggunakan lineart software photoshop.



Setakat ini, inilah antara lukisan saya yang berwarnakan digital. Yang lain just inking pakai pen unipin sahaja. Masih dalam simpanan dalam fail saya hehe....Bukan mahu menunjuk cuma mahu dikongsikan bersama. Kalau-kalau ada yang sama minat dengan saya, keep in touch la ya? Ilmu ini kena dikongsi-kongsi, baru mendapat berkat!

Maaf susunan gambar tak berapa elok. Tak larat nak adjust dah ini. Saya dah tak larat tulis panjang-panjang, penat sangat sibuk dengan test dan assignment. Minta maaf ya semua. Insya'Allah kalau ada masa saya akan update entri lagi. Wassalam...

p/s : Oyasuminasai minna...want to sleep!

10 comments:

  1. rajin melukis.. o_0" kagum. :)
    follow sini.. :)

    ReplyDelete
  2. wah, masyaallah. cantiknye ! sgt bbakat la :D

    keep it up sayang :)

    ReplyDelete
  3. afza : afza pun apa kurangnya :P

    NurAmal : semua ni koleksi2 lama ni..yg terbaru pun lukisan TRAUMA tu haha. skang ni x smpat nk lukis pa2 lg..btw terima kasih! :)

    aufa : terima kasih! anugerah Allah aufa. sy hanya meminjam :))

    ReplyDelete
  4. waa lawanye..lukis guna tgn eik..ada servis utk lukis gmbr pngntin x..hehhe

    ReplyDelete
  5. ada yg sy lukis manual, ada yg digital guna tablet, ada yg lukis secara trace saja..byk cara sy guna~
    servis? err...sy x buat sebarang servis pun hehe.. yg karikatur n potret tu pun lukis sbb org mintak tlg lukis. yg kartun biasa2 tu mmg saja2 buat..

    ReplyDelete
  6. *lukis balik secara trace guna photoshop...

    ReplyDelete
  7. rara follow sini:))

    http://puingcinta.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Trainer Fariz : hehe...skang ni busy skit..maaf ya~

    RaraPuing : i'm follow back! :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen! ^_^