Sunday, April 10, 2011

Kepada semua Follower...

Assalamualaikum
Semakin hari follower saya semakin bertambah (w'pun tak ramai mana sebenarnya)...terima kasih kepada semua yang menjadi follower ya
Apapun, saya ada masalah sikit untuk menjenguk balik blog sesetengah orang...
Kenapa?
Ada sesetengah follower tak tinggalkan link blog mereka balik selepas follow
Ada sesetengah bila saya klik icon gambar mereka di ruang Follower tu...keluar begini


berlainan pula yang di bawah ini, ada link sekali jadi senang saya nak jenguk balik blog dia...


Baiklah...sekarang biar saya tunjuk bagaimana cara bagaimana nak follow blog orang dengan tinggalkan link. Ini cara saya mem'follow' blog orang.


Di ruangan 'Dashboard', klik 'ADD'


Masukkan URL blog yang anda semua mahu follow


Klik 'Follow'

Mudah kan? Di samping itu, kita boleh tahu kalau-kalau bloggers tu update entri baru sebab ia akan naik kat Ruangan 'Items' di Dashboard. Tengok bawah...


Ini hasilnya setelah anda semua follow blog orang lain dengan cara yang saya tunjukkan. Ada link ditinggalkan, kan?

Sebenarnya ada satu lagi cara. Cuba klik icon gambar anda semua di blog orang lain yang anda follow, ada keluar tak link blog anda di situ? Kalau tak ada, boleh guna cara yang blogger IZAMIR RIDZWAN tunjukkan dalam entri INI. Terima kasih pada beliau sebab bagi share entri ni. Asalnya memang nak masukkan entri dia di sini tapi rasanya nanti panjang sangat pula entri ni, jadi saya share begini sajalah. (Bloggers yang tak kenal IR ni tipulah~ Dia ni femes kot. Rasa bangga plak sebab dia senior saya dulu hoho...) Kepada sesiapa yang belum follow dia, boleh follow dia kalau mahu.


Ini entri tentang "Follower"

Ada sesetengah orang terus klik button 'Follow' saja di ruangan 'Follower' tu. Rasanya button tu tak ada tinggalkan link. Apa yang saya agak, button tu mungkin sesuai untuk sesiapa yang tak ada blog tapi mahu follow macam seorang kawan saya...saya agak sajalah~ Sila betulkan kalau salah.

Jelas tak dengan penerangan saya ni? Kalau tak jelas tolong beritahu ya...manalah tahu kalau-kalau ada sesiapa yang kurang faham. Bukan sebab saya nak kata kau orang semua 'noob' sebagai blogger, kononnya nak follow blog orang pun tak reti. Tak terlintas sama sekali! 

Ya! Saya pun masih baru lagi. Siapalah saya untuk tandingi blogger-blogger hebat macam orang lain. Saya sekadar berkongsi sebab bukan semua orang tahu lagi. Tinggalkan link blog memang penting, senang nak follow. Ada sesetengah orang guna sistem shoutbox, saya tak kisah sebab terpulanglah pada diri masing-masing. Tapi kalau boleh saya pula tak nak guna cara itu sebab nak mengurangkan penggunaan widget di blog saya...harap faham ya~
p/s : Saya masih budak baru belajar...harap beri tunjuk ajar~

5 comments:

  1. aduh..FCJ dh pndai buat tutorial ye..hehe :bagus ^_^ ..from BS

    ReplyDelete
  2. hehe...biasa2 je wanie(sy pnggil wanie blh ye? :)
    sy ada buat tutorial photoshop dlm blog ni..klu wanie minat photoshop blh juga singgah :)

    ReplyDelete
  3. uish..alamak..blog tira pun termasuk la plak..
    hehe..malu2..tq FLH ..hikhik..

    ReplyDelete
  4. haha...nk bg contoh bg org nampak XD
    ur welcome :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen! ^_^