Monday, January 31, 2011

Kenapa Flow?

Assalamualaikum and hi to all readers ^_^


Haha...sekarang ini saya nak beritahu tentang nama pena saya di internet sekarang ini. Rasanya semua orang yang kenal saya tahu tentang nama gelaran internet saya (...atau mungkin ada juga yang tak tahu :P)  Jadi, kepada sesiapa yang belum tahu biar saya beritahu. Semuanya sebab agak ramai rakan2 facebook saya bertanyakan tentang nama gelaran "FLOW" ni.

Semuanya bermula semasa saya mula2 mahu buat akaun web Deviantart. Semasa nak register, saya keliru mahu letak nama apa.(gara2 tak nak bubuh nama sebenar punya pasal XDD)

Tiba-tiba saya terfikir...

Bunga? Ya...bunga! B.U.N.G.A....BUNGA!!!!!

Bunga dalam bahasa Inggeris dipanggil 'Flower'. Tapi bila difikirkan balik nama tu terlalu ringkas dan terlalu...entahlah~ kedengaran macam ada kekurangan. Then, entah kenapa saya tiba2 terfikir nak letak abjad 'a' di belakang perkataan tu. Jadi, terjadilah perkataan...

FLOWERA ^__^

Namun, malangnya apabila saya register nama tu...tak boleh! Geram jugalah masa tu. Akhirnya, saya fikir lagi. Fikir punya fikir, saya terfikir yang saya ni sejak dari kecil sukakan bunga bakung, atau dalam bahasa inggerisnya dipanggil 'Lily'. Maka dengan rasminya terjadilah nama...

FLOWLILY ^_^ dan berjaya diregister. XDD

Maka dengan rasminya sekali lagi, nama deviant saya adalah Flowlily


Inilah bunga bakung ataupun Lily. Cantik kan? Ini Lily warna putih, Lily yang paling saya suka! ^^

Kemudiannya, saya on Facebook. Nama profile facebook saya pada mulanya adalah 'Cahaya Jannah Khairuddin'. Terus saya tukarkan dengan nama Flowlily Cahaya Jannah (Khairuddin adalah nama ayah saya :D)

Tapi, bila dilihat semula, 'Flowlily' itu terlalu panjang untuk diletakkan nama dalam facebook. Saya pula jenis suka nama yang ringkas dan tidak terlalu panjang. Jadi, saya buat keputusan untuk buang 'lily' itu dan terjadilah nama 'Flow Cahaya Jannah' :).

Semasa saya gunakan nama 'Cahaya Jannah Khairuddin', friends dalam facebook saya masih sedikit. Apabila saya gunakan nama 'Flow Cahaya Jannah', saya add ramai friends, dan ramai orang add saya. Lama-kelamaan nama 'Flow' itu terlekat sampai sekarang.

Oleh itu saya buat keputusan, nama 'Flow Cahaya Jannah' adalah nama saya di dalam alam siber ini (ayat tak boleh blah XDD)

The End. Begitulah jalan ceritanya. Selamat Memahami! hehehee.. XDD

p/s : sebab saya suka bunga lily warna putihlah, ID emel saya adalah 'whitelily' ^_^

1 comment:

Terima kasih kerana meninggalkan komen! ^_^