Sunday, February 6, 2011

Novel RAYYAN FANTASI...Penjelasan Fantasi...

Khabar sejahtera semua pembaca...

RAYYAN FANTASI? Apakah itu? Tajuk drama? Filem? hohoho...rasanya bagi sesiapa yang belum tahu pasti akan fikir demikian. Tapi, bukan...ianya hanya sebuah novel, novel yang betul-betul membuatkan aku teruja. Dalam tak percaya, aku menghabiskan novel tu dalam masa satu setengah hari sahaja sebanyak 545 mukasurat (tak termasuk mukasurat untuk segmen ilmu,iklan novel dan tinta penulis selepas bab Epilog XD)

Rayyan Fantasi adalah sebuah novel terbitan Alaf21 oleh penulis Ramlee Awang Murshid, disiapkan pada 4 Oktober 2010 dan diterbitkan pada bulan Disember 2010 (rasanyalah... :D baru sekarang aku terasa nak baca XDD).
 Ramlee Awang Murshid memang sudah terkenal dengan genre thriller dan misteri sejak tahun 90-an sehingga sekarang. Sekarang, novel ini adalah sentuhan pertamanya dalam genre fantasi. Overall, it's really, really AWESOME!!!! 

Baik, di bawah ni saya terangkan secara ringkas tentang novel ini

Tajuk Novel : Rayyan Fantasi
Genre : Misteri, thriller, sci-fic, seram
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf21

Sebenarnya, aku pun tak tahu bagaimana hendak terangkan sinopsisnya.Jadi, aku copy,paste sajalah dari website Alaf21 ni :P

RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.
Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan yang dikenali sebagai Mika.

Masa mula-mula baca, aku tak suspek langsung yang Aiddin ni datang dari planet lain, iaitu Planet Yuk'kaa yang jaraknya 100 tahun cahaya dari bumi. Aku ingatkan dia tu dari dimensi lain ke...yalah! Dah namanya fantasi...planet tu bukannya fantasi, ia benar-benar wujud. Rupanya teori fantasi dalam novel ini adalah planet itu mempunyai hidupan yang dianggap fantasi oleh manusia di bumi. Bak kata lain, Aiddin ni makhluk asing! wowowwooooo... :D

Ramlee Awang Murshid (RAM) juga tidak ketinggalan memasukkan genre 'thriller' dan misterinya. Babak pembunuhan sehingga memenggal kepala adalah babak yang paling aku tak jangka. Dahsyat tu! (tapi aku suka! XDD) Sains fiksyen juga merupakan salah satu genre yang dimasukkan, tak ada masalah bagi aku untuk memahami sebab aku memang suka novel sci-fic (walaupun sebenarnya aku lemah gila sains :P). Selain itu, RAM tidak ketinggalan juga memasukkan kisah cinta antara Feena dan Aiddin walaupun hanya selitan sahaja. Tapi last2 Aiddin bukan bersama Feena, Feena telah bertemu jodoh dengan orang lain pada pertengahan cerita. Jadi, dengan siapa wanita yang memiliki hati Aiddin pada akhirnya? hahaha...siapa yang dah baca mesti tahu. Yang belum baca, sila-silakanlah baca kalau nak tahu...heehehehe....

Terus-terang, novel ini alhamdullilah memang tak ada masalah untuk memahaminya untuk orang yang meminati novel misteri, sci-fic dan thriller macam aku. Cuma bahagian babak Kronologi Planet Yuk'kaa 2006-2011 agak berat sikit, tapi tidak ada masalah. Overall, aku faham setiap jalan ceritanya. Bukan nak berlagak, tetapi subjek Bahasa Melayu aku masa sekolah menengah dulu alhamdulillah, majoriti 'A' dalam tangan terutamanya bahagian karangan ^_^

Seperti novel-novel Alaf21 yang lain, setiap novelnya pasti ada tagline tersendiri. Tidak ketinggalan juga Rayyan Fantasi. Tagline yang digunakan adalah...

Apa yang terfikir...itu ada!

Memang benar tagline tersebut mengenai novel ini. Bumi Allah ini luas, tidak terjangkau oleh fikiran manusia. Jangan terfikir benda yang mustahil ada tu tiada! Semua itu akan berlaku dengan izin Allah. Dan lagi satu, jangan fikir makhluk asing itu tiada! Memanglah sampai sekarang ini kajian tentang makhluk asing masih misteri, tetapi jangan sekali-kali katakan benda itu tiada! Ianya tidak mustahil ada, cuma Allah masih belum mengizinkannya untuk menemui manusia. Begitu juga dengan dasar lautan. Dasar lautan teramatlah dalam dan mempunyai tekanan yang terlalu tinggi sehinggakan manusia tidak boleh sampai ke sana. Jadi, kita tidak tahu apa yang ada di dasar lautan itu. Jadi jangan menolak kemungkinan ada hidupan  laut yang aneh-aneh di dalam dasar itu. Pernah dengarkan, saintis telah menemui gunung berapi di dasar lautan? hahaha...siapa sangka? Semua itu adalah kuasa Allah. Banyak lagi rahsia Allah yang sembunyikan daripada manusia. Cuma bergantung pada manusia sendiri untuk mempercayainya atau tidak.

Allah berfirman, "Setiap yang ada di bumi dan langit, semuanya sujud kepadaku". Langit itu luas,termasuk alam semesta...bumi itu luas...termasuk di darat dan juga dalam air(lautan).

Alam semesta

Begitu juga dengan huraian novel ini. Planet Yuk'kaa kemungkinan sekali tidak dijangka wujud hidupan di sana oleh manusia di bumi. Ia dianggap fantasi. Tapi RAM tetap menjelaskan dalam novel ini, apapun yang berlaku, semuanya berlaku dengan izin Allah. Perkataan Allah dalam novel ni tidak ketinggalan, bermaksud setiapa apa yang berlaku, yang ditakdirkan, yang wujud adalah dengan izin Allah.

Wallahualam...

p/s : sekali-sekala ceramah sikit best jugalah hehe...sekadar berkongsi pengetahuan. Wallahualam...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen! ^_^