SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM! ^_^
Tak sangka cepat betul masa berlalu. Rasanya baru semalam menyambut Hari Raya Aidilfitri, sekarang kita bakal menyambut hari raya korban pula ^_^
Ada tiga ayat yang sama yang digunakan untuk ucapan raya kali ni. Antaranya 'Hari Raya Aidiladha', 'Hari Raya Haji', dan 'Hari Raya Korban'. Di Facebook, ada salah seorang rakan dalam Friend List saya buat status...
hari raya aidiladha, hari raya haji or hari raya korban?..mne satu nk gne?
haha...entah kenapa tiba2 saya macam tahu saja jawapannya. Baik, di sini saya masukkan perbualan antara saya dan dia..
Saya : mne2 satu pun boleh. sama saja kan?
Rakan : erm...ya btol tp yg femes org guna?
Saya : erm..apa yg sy nmpk, 'hari raya aidiladha' slalu guna dlm formal. mcm dlm kad ucapan ke, buat ucapan ke apa ke... 'hari raya haji' n 'hari raya korban' yg x formal..mcm dlm prcakapan seharian kita. tp slalunya klu x formal ni org slalu sembang 'raya haji', x kata 'raya korban'..
cthnya mcm dialog, "wei, esok raya haji kan?".. diorang x kata, "wei, esk raya korban kan?"...
apa yg saya slalu nmpk n dgr la... XD
Then, dia berpuas hati. Sebenarnya, jawapan itu spontan keluar dari fikiran saya. Mungkin sebab saya terfikir dan mengalami semua tu. Alhamdulillah, Allah bagi jalan :-)
Actually, 'Aidiladha' dalam bahasa Arab yang saya tak berapa pasti apa maksudnya. Ada banyak maksud seperti 'Perngorbanan', 'Haji' (sila betulkan jika saya silap)...antara itulah maksudnya.
Bagaimanapun, bagi saya apa yang penting ialah kita hendaklah menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Tambahan pula perayaan ini disambut bagi umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Jadi ia adalah satu hari yang amat istimewa!
HARI RAYA DALAM HADIS
- Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
- Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
- Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
- Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.
(Petikan 'Aidiladha dalam hadis' sumber dari Wikipedia)