Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM! ^_^

Tak sangka cepat betul masa berlalu. Rasanya baru semalam menyambut Hari Raya Aidilfitri, sekarang kita bakal menyambut hari raya korban pula ^_^

Ada tiga ayat yang sama yang digunakan untuk ucapan raya kali ni. Antaranya 'Hari Raya Aidiladha', 'Hari Raya Haji', dan 'Hari Raya Korban'. Di Facebook, ada salah seorang rakan dalam Friend List saya buat status...

hari raya aidiladha, hari raya haji or hari raya korban?..mne satu nk gne?


haha...entah kenapa tiba2 saya macam tahu saja jawapannya. Baik, di sini saya masukkan perbualan antara saya dan dia..

Saya : mne2 satu pun boleh. sama saja kan?

Rakan : erm...ya btol tp yg femes org guna?

Saya : erm..apa yg sy nmpk, 'hari raya aidiladha' slalu guna dlm formal. mcm dlm kad ucapan ke, buat ucapan ke apa ke... 'hari raya haji' n 'hari raya korban' yg x formal..mcm dlm prcakapan seharian kita. tp slalunya klu x formal ni org slalu sembang 'raya haji', x kata 'raya korban'..
cthnya mcm dialog, "wei, esok raya haji kan?".. diorang x kata, "wei, esk raya korban kan?"...

apa yg saya slalu nmpk n dgr la... XD

Then, dia berpuas hati. Sebenarnya, jawapan itu spontan keluar dari fikiran saya. Mungkin sebab saya terfikir dan mengalami semua tu. Alhamdulillah, Allah bagi jalan :-)
Actually, 'Aidiladha' dalam bahasa Arab yang saya tak berapa pasti apa maksudnya. Ada banyak maksud seperti 'Perngorbanan', 'Haji' (sila betulkan jika saya silap)...antara itulah maksudnya.

Bagaimanapun, bagi saya apa yang penting ialah kita hendaklah menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Tambahan pula perayaan ini disambut bagi umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Jadi ia adalah satu hari yang amat istimewa!

HARI RAYA DALAM HADIS

  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:

Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.

(Petikan 'Aidiladha dalam hadis' sumber dari Wikipedia)



Friday, September 24, 2010

Tutorial bulan melalui Photoshop


Assalamualaikum...hari ini aku nak tunjuk cara2 nak buat bulan melalui photoshop seperti gambar di atas ini. Haha..entah kenapa tiba2 teringin sangat nak buat tutorial. Mungkin org lain ada caranya tersendiri tapi terpulanglah sebab aku saja nak berkongsi di sini bagi sesiapa yang belum tahu. Maaf kalau ada kekurangan dlm tutorial ni...



1. Pergi ke Menu Bar dan klik File, klik 'New' utk buka canvas (atau blh shortcut tkan Ctrl+N). Apabila sudah dibuka, hitamkan keseluruhan canvas itu dgn brush atau gunakan tool Paint Bucket Tool.



2. Buat layer baru dan klik tool Elliptical Marquee Tool seperti rajah sebelah kiri utk membuat bentuk bulat. Kemudian klik dua kali pd layer baru tersebut utk keluarkan Layer Style seperti rajah sebelah kanan. Pemilihan style adalah mengikut citarasa masing2. Klik2 di atas adalah mengikut citarasa saya.



3. Sekarang tiba masa utk menghiasi langit malam dgn bintang-bintang. Ada sesetengah photoshop sudah ada brush utk bintang tetapi bg yang tiada, brush bulat biasa pun boleh. Buat layer baru terlebih dahulu, then klik tool brushes seperti rajah di sebelah kiri dan pilih style brushes mengikut citarasa anda. Kemudian, gunakannya seperti rajah di sebelah kanan. Untuk menampakannya lebih menyerlah, gunakan layer style seperti langkah kedua di atas & tandakan outer glow. Selebihnya boleh gunakan kreativiti anda sendiri.

Itu sahaja yang saya boleh kongsikan di sini. Maaf sekiranya terdapat beberapa kekurangan. Ini kali pertama saya buat tutorial. Insya'Allah lain kali saya cuba untuk membuat tutorial yang lain pula. Sekiranya ada apa2 pertanyaan, boleh tanya sahaja dan Insya'Allah saya akan cuba utk menjawabnya...

Oh ya, saya ada 3 lagi gambar bulan yang saya hasilkan seperti di bwh ni~



SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA...! ^_^

p/s : ada ke org nak tgk ni? O__O

Thursday, September 23, 2010

My karikatur

Assalamualaikum...aih, malas betul nak update blog. bukannya sebab apa, tak tahu nak cerita apa dah. So, biarkan je la blog ni bersawang tak di'update'. lgpun bukan semua orang suka nak baca kan? hohohoho...(menyembunyikan perasaan sedih tak terkata T_T)

Hari ini aku nak ceita pasal karikatur. sekarang ni aku minat lukis karikatur walaupun masih dalam proses belajar. bukan apa, yang sebenar-benarnya aku tak reti lukis potret. asal try lukis je, mesti tak jadi. tp bila aku lukis karikatur, ia sesuatu yang menyeronokkan. Jadi, aku banyak tanya otai2 karikatur kat facebook tentang definisi karikatur dan macam2 lg. dari situlah aku belajar lukis karikatur.

Apa yang paling aku tak sangka, pada masa yang sama dua orang lecturer aku minta aku lukis gambar mereka. Tapi itupun dalam masa 2,3 bulan la baru aku buat dan siap sebab sibuk dengan rutin2 sebagai seorang student (ayat tak boleh blah... :P) aku siapkan kedua-dua karikatur tu pun masa cuti semester sebelum masuk sem 3 dulu. Alhamdulillah...mereka puas hati~ Terima kasih Miss Nur Izzati dan Miss (atau sekarang Puan sebab dah kahwin) Faizura Fazana ^_^
Berikut adalah karikatur mereka...

Madam Nur Faizura Fazana
Manual artwork
Colouring Software : GIMP
Editing Software : Photoscape

Miss Nur Izzati
Manual artwork
Colouring Software : GIMP
Editing Software : Photoscape

Kedua-dua karikatur ni merupakan karikatur pertama aku buat. huhuhu...aku sebenarnya tak berapa puas hati sangat. Sebelum ni aku pernah lukis karikatur lecturer database aku, Miss Shahida tapi aku tak puas hati dengan colouring manual aku jadi aku rancang nak buat lain tapi tak tahu bila.

Tapi apa yang paling aku tak sangka, sejak aku buat kedua2 karikatur kat atas ni, ramai lecturer request kat aku suruh aku lukis karikatur mereka. Yang lain ada seorang senior minta, member kelas aku minta...dan baru2 ni ada seorang senior yang aku panggil Kak Long (sekarang dah praktikal) suruh aku buatkan juga. Tapi aku beritahu mereka yang aku tak boleh nak siapkan cepat sebab kekangan rutin2 kolej. Tahu sajalah kan adat student macam mana. Lepas tu dengan keadaan diri aku sendiri yang masih amatur...jadi aku tak berani janji bila siap. Tapi apapun,aku akan cuba siapkan dalam masa terdekat ni. Insya'Allah semoga Allah bantu aku...

Oh ya,lupa nak beritahu! Seperti yang dinyatakan, software utk aku colour karikatur2 tu software GIMP. GIMP ni kurang popular sikit berbanding photoshop. Kebetulan dulu aku tak ada photoshop, jadi guna GIMP sajalah. Sama saja apa yang penting skill mewarna tu. Apapun aku tetap gembira sebab orang puas hati. Tapi, apapun aku akan cuba buat yang terbaik lagi. Insya-Allah... ^_^

Sekarang ini aku dalam proses menyiapkan karikatur2 yang di'request'. Insya-Allah akan disiapkan secepat mungkin~ Chaiyok Jannah~

Baik! Sekian saja utk hari ni...Dah tak tau nak cerita apa dah~ Bosan...Bosan....

..........................................

BILA AKU NAK BUAT KOMIK NIIIIIIIIIIIIIIIIIII??????????????????? T______________T