Assalamualaikum wbt kepada pengunjung blog saya yang dikasihi...Semoga Allah memberkati kalian...
Alhamdulillah,
Bersyukur kita setelah sebulan berpuasa, menahan nafsu, lapar dan dahaga pada bulan Ramadhan, kini menyambut hari kebesaran umat Islam... iaitu Hari Raya Aidilfitri ataupun Hari Raya Fitrah. Pastinya, kesemua umat Islam amat gembira menyambut hari lebaran ini. Yalah kan... pada hari beginilah masing-masing berkumpul. Saudara-mara, rakan taulan dan satu keluarga masing-masing berkumpul untuk menyambut hari keberkatan ini. Ya, dan juga pastinya ada di antara kita sedikit sedih kerana meninggalkan Ramadhan... namun, jangan lupa~ Aidilfitri ini adalah hadiah daripada Allah kepada hamba-hambaNya yang berpuasa. Jadi, buat apa terlalu bersedih? Bergembiralah...
Namun, gembira pada hari lebaran ini ada batasnya. Lihat sini, BEBERAPA KESALAHAN BERHARI RAYA yang saya dapat dari page Facebook syahirul.com. Jangan cemarkan hari yang mulia ini dengan kesalahan-kesalahan yang dinyatakan. Insya'Allah, kita berubah perlahan-lahan dan semoga Allah memberkati kita. Bukan semua orang boleh berubah secara terus-menerus, kan? Apa yang penting, kita berusaha...
Kepada sahabat-sahabat lelaki dan perempuan di luar sana, jaga kelakuan dan jangan cemarkan raya dengan maksiat! Keluar berdua-duaan pergi ke panggung wayang untuk menonton filem raya, buat apa? Naik motosikal berdua dan duduk rapat-rapat, buat apa? Bercampur lelaki perempuan tanpa batas menghadiri konsert raya yang entah ke mana tujunya, buat apa? Please... jangan rosakkan hari mulia ini.
Kata-kata ini saya tujukan pada diri saya juga... untuk peringatan masa hadapan. Semoga Allah lindungi kita semua daripada hasutan syaitan durjana.
Oh ya, pasti semuanya tahu, bukan? SYAITAN HAD RELEASE FROM PRISON!!! Be careful...
Jaga diri baik-baik, jangan berhenti berdoa kepada Allah supaya dijauhkan perkara yang dilarangnya. Hanya Allah satu-satunya yang layak kita meminta bantuan.
Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidil walfaizin dari saya...
"Taqqabalallahu minna wa minkum (Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu semua)"
Dan saya mahu kongsikan kata-kata Tuan Hilal Asyraf dari Facebook miliknya :
Eidul Fitr bermaksud Perayaan Fitrah.
Merayakan kejayaan mereka yang bersungguh-sungguh melalui Ramadhan, keluar mendapat ijazah taqwa, berjaya kembali kepada fitrah sebenar yakni Islam.
Maka, siapakah antara kita telah mendapatkan semua itu,
untuk layak merayakan 'Eidul Fitr?
Atau sebenarnya kita ini tidak layak,
tetapi masa menyambut 'Eidul Fitr,
kita yang lebih?
Merayakan kejayaan mereka yang bersungguh-sungguh melalui Ramadhan, keluar mendapat ijazah taqwa, berjaya kembali kepada fitrah sebenar yakni Islam.
Maka, siapakah antara kita telah mendapatkan semua itu,
untuk layak merayakan 'Eidul Fitr?
Atau sebenarnya kita ini tidak layak,
tetapi masa menyambut 'Eidul Fitr,
kita yang lebih?
Assalamualaikum... ^_^