Entah kenapa tiba-tiba saya sedikit feeling malam ini hehe... Disebabkan feeling itulah terjadinya lukisan ini. Satu jam juga ambil masa untuk lukis ini. Sebenarnya, pose ini di'trace' dari satu gambar carian google, cuma sudah tentulah saya mengubah stail sedikit supaya ia masuk ke stroke dan gaya saya.
Boleh bacakan 'quote' di atas itu. Quote itupun saya terjumpa dalam carian google hehehe... (tidak pandai dalam menulis ayat sebenarnya :P) Bagaimanapun, saya sangat menyukai mesejnya. Yalah, berapa ramai yang kahwin sekarang ini, adakah mereka terfikir untuk 'membawa' perkahwinan itu mendapat keberkatan Allah.
Selalunya kita akan dengar...
"Semoga bahagia ke anak cucu", "Semoga kekal sepanjang hayat", "Semoga berbahagia selamanya"... dan pelbagai versi lagi. Tapi, jarang-jarang...okey, mungkin sedikit-sedikit (bak kata Nujum Pak Belalang) kita mendengar,
"Semoga mendapat keberkatan perkahwinan kamu ini."
Ustaz Azhar Idrus sendiri bertegas dalam ceramahnya...
Kenyataan ini diambil dari 26 Soal Jawab Agama Bersama Ustaz Azhar Idrus Yang Anda Perlu Tahu |
Jelas bukan? Buat apa bahagia, gelak sana.... gelak sini... tapi aurat tidak jaga, perlakuan tidak jaga, tidak solat... adakah ia mendapat keberkatan? Dalam kehidupan tidak kiralah siapapun kita, mendapat keberkatan Allah itu penting. Dia yang menentukan dosa pahala, dia yang beri syurga dan neraka.
Bagaimanapun, perkahwinan itu tetap dituntut oleh Islam. ELAKKAN BERCINTA SEBELUM KAHWIN kerana ia boleh mengundang zina dan maksiat. Oh, ini hanya pendapat cap ayam saya... sebaiknya tanyalah yang lebih pakar.
p/s : Rasulullah pernah berkata, "Carilah rezeki dengan berkahwin" :)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen! ^_^