Thursday, May 19, 2011

Exam Habis!!!

Assalamualaikum semua!
Waaaa....saya betul-betul rindukan blog ni! Bayangkanlah sepanjang saya final exam tak pernah tergerak hati nak buka blog ini. (Tapi facebook online juga) Bukan apa, bila otak sudah serabut, mulalah malas nak menulis~ bukan setakat menulis, melukis lagilah malas. Cuma masa dalam minggu exam itu ada gap dua hari, sempat jugalah melukis sikit sebab boring


Inilah dia~ Simple saja sebab malas nak buat lawa-lawa. Apapun terima kasih kepada yang 'like' di facebook (tersengih-sengih)

Sekarang saya sudah bermula cuti semester. Mahu buat aktiviti yang berfaedah sikit. Banyak rasanya yang tergendala ini. Tak apa memandangkan otak sudah lega, maka nak buat apa-apapun tak serabut kepala. Sekarang kerja saya nak mewarnakan potret ini...


Ini potret kawan satu kolej dengan saya tapi lain kelas. Sebenarnya dia minta saya lukis ini dari semester dua lagi (sekarang baru habis semester empat hehe...maaf ya!) Sebenarnya dah lukis semasa saya semester dua dulu selepas itu simpan terperuk dalam pendrive sebab tak warna lagi hehe...kasihan dia tunggu lama! Tak apa, tengah on the way ni.

Maaflah mungkin agak bosan sikit entri ini sebab tak ada info menarik. Insya'Allah lain hari saya akan post info-info menarik untuk dibaca! Harap sabar ya! Terima kasih sebab sudi membaca! Sayang kamu semua!

p/s : Err...ada sesiapa rindu saya tak? (Sila tembak jika perlu)

Monday, May 9, 2011

Mahu Berehat...Final Exam~

Assalamualaikum semua...
Sudah lama saya tak update blog, kan? 
Bukan apa, saya nak beritahu di sini, saya mahu stop untuk sementara..

Sebabnya?

Saya akan menghadapi final exam mulai minggu ini dan minggu depan. Jadi minta maaf sebab saya kena buat persediaan untuk final. Insya'Allah selepas final saya akan aktif balik. Jangan ingat saya berhenti terus ya hehe...Memang dalam minggu final exam ini saya tidak sempat buat sebarang aktiviti pun. Debaran semakin terasa ni (gelak lagi!)

Minta maaf sekali lagi ya! Gomennasai minna-san! Doakan saya yang terbaik untuk final ini ya! 

p/s : Tak sabar nak cuti semester! 

Saturday, April 30, 2011

Hanzalah - Syahid selepas dinikahkan

Assalamualaikum..
Pernah dengar tentang sahabat nabi bernama Abu Hanzalah bin Ar-Rabie? Beliau adalah salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang mati syahid semata-mata mahu mempertahankan tentera Islam.
 
 Malah, kumpulan nasyid terkenal Rabbani pun membuat lagu tentang beliau bertajuk 'Hanzalah' yang di'release'kan pada tahun 2008 dahulu kalau tak silap. Waktu itu Allahyarham Ustaz Asri ada lagi. Entahlah saya pun tak ingat sangat tapi memang nasyid ini memang sudah lama. Kalau nak dengar boleh search sahaja di youtube...bagi mereka yang tak pernah dengarlah sebab saya pun baru tahu nasyid ni awal tahun lepas (sila tembak kalau perlu!) sebab saya ini jenis malas nak search lagu-lagu tak kiralah lagu-lagu apapun. Asyik layan lagu anime saja. Saya tahu nasyid ini pun dari adik saya. Sekarang ini baru rajin sikit nak search dan download lagu.

Ini lirik lagunya...

Relakanlah perpisahan kita ini
Iringilah pemergian daku nnti
Dengan doa yang tidak berhenti
Moga Islam terus berdiri

Usapilah genang airmata kasih
Senyumanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu di syurga

Bepisahlah dua jiwa
Meninggalkan kuntum cinta
Mekar di istana taqwa
Menyahut panggilan Allah

Dengan nama Mu Allah yang Maha Gagah
Langkahku atur pasrah daku berserah
Menangkanlah kaum Muslimin
Hancurkanlah kaum musyrikin
Demi Islam ditegakkan

Hanzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya

Turunlah Malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke firdausi

Hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Baru diijabkabulkan
Rela menyahut seruan
Demi islam ditegakkan
Jihad menjadi pilihan
 
Mudah sahaja kan liriknya. Tiada kiasan-kiasan...tengok liriknya pun dah tahu bagaimana ceritanya tentang sahabat Rasulullah ini.
 
 Rangkap 1-3
Menceritakan tentang perpisahan Hanzalah dengan isterinya. Waktu itu, beliau dengan isterinya baru sahaja diijabkabulkan. Malamnya, beliau yang tidur terus terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi gendang perang yang sangat kuat. Beliau mendapat seruan jihad daripada salah seorang sahabatnya. Beliau terpaksa menyahut seruan Allah itu dan terpaksa meninggalkan isteri yang baru sahaja dinikahinya. Isterinya pula merelakannya pergi. Di sinilah menunjukkan bahawa kesanggupan Hanzalah meninggalkan isterinya untuk menyahut seruan Allah dan ketabahan seorang isteri memberi laluan kepada suaminya menyahut seruan Allah.

Rangkap 4 (agaknya) adalah monolog Hanzalah dalam doanya...

Rangkap 5-6
Menceritakan tentang pertempuran Hanzalah di dalam peperangan. Beliau sangat bersungguh-sungguh dan akhirnya beliau sendiri mati syahid di situ. Maka, dari situlah baginda Rasulullah ternampak mayat Hanzalah dimandikan malaikat dengan air dari awan di dalam bejana perak. Salah seorang sahabatnya melihat wajah Hanzalah...tenang~ Sesungguhnya Hanzalah mendapat layanan istimewa dari malaikat dan belum pernah lagi seorang syahid dimandikan dengan cara luar biasa itu. 

Haaa...Rangkap 7 itu adalah kesimpulan dari cerita Hanzalah itu. Lagi satu, ada satu kisah lagi di sebalik cerita Hanzalah ini. Cerita ini mama saya yang cerita sendiri, agaknya dia terdengar ceramah mana-mana agaknya tentang kisah disebalik ini...

Hanzalah ini adalah seorang sahabat Rasulullah. Beliau ini tidaklah sekacak mana...langsung tidak kacak. Malah tiada seorang perempuan pun yang mahukannya. Bagaimanapun, beliau seorang yang taat kepada Allah. Suatu hari, Hanzalah ini berhajat mahu beristeri. Namun, beliau tahu tiada seorang gadis pun mahukannya lalu meminta pertolongan Rasulullah untuk meminang mana-mana gadis yang dirasakan baik untuknya. Maka, Rasulullah pun pergilah ke rumah seorang gadis dan meminanglah wanita tersebut untuk Hanzalah. Bagaimanapun, bapa gadis itu terus menolak apabila diberitahu anaknya akan diperisterikan oleh Hanzalah. Jadi Rasulullah pun pulanglah. Apabila gadis itu mendapat tahu akan hal itu, dia menegur ayahnya, "Mengapa ayah menolak pinangan Rasulullah? Sesungguhnya pilihan Rasulullah adalah yang terbaik sekali berbanding yang lain." Mendengar akan itu, maka si ayah bersetujulah. Bernikahlah mereka dan seterusnya malamnya, peristiwa terjadi seperti yang sudah diceritakan dalam lirik nasyid itu. 
Kemudiannya, mama saya beritahu lagi, bukan sahaja mayat Hanzalah dikelilingi malaikat, malah dikelilingi juga oleh bidadari-bidadari dari syurga yang jauh lebih cantik berbanding gadis-gadis di dunia ini yang kononnya tidak sukakan Hanzalah kerana beliau tidak handsome.

Jadi kesimpulannya setiap kali saya mendengar lagu Hanzalah, hati saya sayu. Sangat sayu! Feelingnya lain macam hahaha...tak tahulah nak kata bagaimana. Rentak nasyid ini pun best! Melodinya memang tangkap feel gila...(eh, yang kau ni tiba-tiba emosi terlebih apahal jannah?!)

Wassalam...

p/s : Sama-samalah kita doakan arwah Ustaz Asri di sana...

Friday, April 29, 2011

For the Future

Assalamualaikum semua
Waaaaa....dah berapa hari ya saya tak update blog?
Sekejap! 1...2...3...4...5...haha rasanya dah hampir 5 atau 6 hari rasanya...
Ini semua gara-gara sibuk menyiapkan assignment dan projek sebelum due date (yang kau buat kerja last minute kenapa?!) Tak kisahlah, yang penting utamakan yang penting dahulu! Kejar coursework ni sebab 10/5/2011 sudah start FINAL EXAM!

Pencapaian semester ini? Overall okeylah juga cuma takut subjek Object Oriented Programming (OOP) dan Mathematic 2 sahaja. Entahlah, saya rasa kedua-dua subjek ni agak killer sikit bagi saya. Alhamdulillah, coursework Mathematic 2 saya okey. Insya'Allah, selebihnya markah untuk final saya akan usahakan. OOP? Coursework untuk OOP tak keluar lagi. Ini yang takut sangat ni. Harap-haraplah okey juga dan saya dapat kejar masa final exam nanti.

Tahun depan sudah masuk semester 5. Insya'Allah kalau tiada aral melintang, saya akan menjalani ujian praktikal awal tahun depan. Haha...selamat menghadapi alam 'pekerjaan' Jannah. Apa yang penting selepas habis diploma, Insya'Allah mahu sambung degree pula. Mungkin ambil degree Multimedia agaknya. Itu target saya~ Di universiti mana tak tahu lagi...tapi saya cuma nampak KL saja sekarang ni. Yalah, di KL ada macam-macam yang kita nak. Cuma kos hidup sana sajalah yang tinggi. (Ikat perut la aku gamaknya)

KERJA?
 Tak terfikir lagi tentang kerja. Tapi katakanlah kalau saya dapat tawaran kerja sebelum dapat degree, rasanya saya mungkin kerja dulu. Degree bila-bila boleh sambung. Kerja? Hmmm...kalau tolak tawaran, tak tahulah ada lagi tak kerja lain yang datang. Bagaimanapun, tengoklah nanti keadaan bagaimana.

 JODOH?
Tak mahu fikir lagi! (gelak...gelak...gelak...) Kalau boleh tak mahu cari lagi selagi saya belum habis belajar. Kalau dah kerja mungkinlah agaknya. (gelak lagi!) Walaupun hakikatnya saya sudah admire seseorang seperti yang saya ceritakan dalam entri FCJ admire seseorang???, saya tak mahu terburu-buru. Tambahan pula, rasanya sudah semakin mustahil sekarang sebab dia semakin jauh untuk meneruskan pengajiannya sekarang. Biarlah, kalau ada jodoh, akan ada...kalau tidak...itu namanya sudah tak ada jodoh. Mungkin ada orang lain yang ALLAH tentukan untuk saya.

Haa...sudah habis lepas rindu pada semua blogger hehehe...tengok di Stats, pageview tetap ada walaupun saya tidak update blog tetapi semakin sedikit. Tak apa, saya sudah update blog! Minta maaf ya sebab lama tak update! Sengaja hari ini cerita begini sedikit untuk permulaan setelah hampir seminggu tak ber'blog'...

p/s : Minggu depan presentation SAD!

Sunday, April 24, 2011

MELAYU dan ISLAM....berbeza atau sama???

Assalamualaikum semua...
Saya baru 'jalan-jalan' di Google search tadi. Tak tahu nak buat apa dah bila on internet ini. Masuk satu forum ni...kira macam forum discussion la kiranya. Dalam forum itu, ada seorang ahli buat satu tajuk dan komennya seperti ini (klik gambar untuk saiz besar)


Nampak kan? Okey sekarang ini bukan nak bincang tentang pakaian perempuan zaman sekarang ini. Itu...boleh baca kan tajuk entri di atas tu. Haa...itulah yang mahu dibincangkan sebab berdasarkan komen ahli seperti di atas itu, ada satu ayat yang menarik perhatian saya untuk buat entri ini.

"...yang peliknya mereka ni semua MELAYU...diulangi MELAYU..."

Bagi saya, ayat itu lebih tepat ditulis begini...

"...yang peliknya mereka ni semua ISLAM...diulangi ISLAM..."

Kenapa begitu? Rasanya semua orang dah tahukan, zaman sekarang sudah ramai Melayu yang murtad (keluar dari Islam). Jadi, sebenarnya istilah Melayu yang digunakan amatlah tidak sesuai. Kalau Melayu itu bukan Islam, ikut suka dialah nak pakai macam mana pun sebab agama lain selain Islam tidak menetapkan sebarang peraturan pakaian dan benda lain. Dah banyak dah ayat-ayat yang saya jumpa lebih kurang seperti ayat di atas...kalaulah saya boleh tegur...

Apa beza Melayu dan Islam? 


Melayu adalah BANGSA...Islam adalah AGAMA...jauh bezanya seperti langit dan bumi. Memanglah kalau diikutkan kita sudah sinonim dengan Melayu Islam. Tapi mungkin itu dulu-dulu punya cerita, sekarang ini zaman kita dah hampir-hampir sama dengan zaman jahiliah dulu. (Maaf jika ayat ini agak kasar) Sudah beribu-ribu Melayu murtad...dan semakin ramai bangsa-bangsa lain seperti Cina, India mahu mendekati Islam, Alhamdulillah kerana mereka dipilih Allah untuk menemui hidayah...kepada Melayu yang murtad, selagi mereka masih berpeluang, mereka masih sempat untuk bertaubat.

Dan lagi satu bezanya, bangsa selalunya berpegang pada adat. Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain ada adat tersendiri. Agama pula berpegang kepada...err...apa ya? (maaf tak tahu dipanggil apa) Apa yang saya boleh beritahu, segala peraturan-peraturan yang melibatkan agama wajib dibuat oleh manusia manakala adat...orang kata "tak buat pun tak apa". Contohnya macam berkahwin. Kalau ikut adat Melayu, kita ada istilah 'bertunang'. Kalau ikut procedure Islam Rukun Nikah, mana ada istilah bertunang. Carilah sampai bila-bila pun takkan jumpa. Sebab itulah kalau tak bertunang pun tak apa. Kahwin terus...jimat bajet! Hehehe...

Sekarang ini bangsa Cina, India dan juga bangsa lain semakin ramai masuk Islam. Dan juga terdapat juga orang beragama Islam di luar negara seperti Amerika, Sepanyol, Thailand...Sepanyol dan Thailand ini sebuah negara Islam yang luas satu ketika dahulu. So, masih mahu kata orang Melayu sahaja yang Islam? Istilah Melayu sangat-sangat tak sesuai digunakan apabila melibatkan agama. 

Pendek kata, bukan semua Melayu itu ISLAM dan bukan semua bangsa lain selain Melayu itu BUKAN ISLAM

Wassalam...
p/s : Saya tak 'tunjuk' kepada sesiapa dalam entri ini. Sekadar mahu berkongsi... :)

Thursday, April 21, 2011

Koleksi Digital Colouring

 Assalamualaikum dan hai semua~
Sudah dua hari saya tak update blog, kan? Ini disebabkan saya tak sempat di samping broadband yang 'laju' gila ni. Inipun nasib baik ada broadband ini...kalau tidak jangan harap dapat guna internet di asrama ini. WI-FI asrama ada masalah sekarang jadi tak dapat guna.

Saya tak ada entri apa-apa yang nak dibebelkan hari ini. Cuma untuk update entri, saya hanya mahu post segala digital colouring yang saya lakukan sepanjang hidup saya (ayat tak boleh blah!) Tentang lukisan, ada yang saya lukis manual dan ada yang saya lukis dengan pen tablet dengan menggunakan lineart software photoshop.



Setakat ini, inilah antara lukisan saya yang berwarnakan digital. Yang lain just inking pakai pen unipin sahaja. Masih dalam simpanan dalam fail saya hehe....Bukan mahu menunjuk cuma mahu dikongsikan bersama. Kalau-kalau ada yang sama minat dengan saya, keep in touch la ya? Ilmu ini kena dikongsi-kongsi, baru mendapat berkat!

Maaf susunan gambar tak berapa elok. Tak larat nak adjust dah ini. Saya dah tak larat tulis panjang-panjang, penat sangat sibuk dengan test dan assignment. Minta maaf ya semua. Insya'Allah kalau ada masa saya akan update entri lagi. Wassalam...

p/s : Oyasuminasai minna...want to sleep!

Monday, April 18, 2011

Join Bloglist Atiera!


Assalamualaikum~ entri kedua hari ni tapi ini review tahu! Masa masuk chat BCR tadi, blogger Atiera ini nak buat bloglist untuk blog dia. Siapa-siapa yang nak join boleh ikut syarat-syarat di bawah ni. Tak susah, senang saja...ini saya copy paste entri bloglist ini dari blog beliau...

(penting) Follow blog tira .
(penting) Buat entry 
Dalam entry kena ada nie :
 i.   tempek banner kat ataih tu n link ke entry nie 
ii.   Review ckit blog tira (komen , cadangan , 
     kutukan , kritikan amat dialu-alukan)
iii.  tembak (tag) 3 blogger lain (pastikan depa taw depa kena tembak taw
(penting) da settle suma 2 ampa antaq link ampa kat ruangan komen entry nie taw .

HAT NIE LAGI PENTING !! TARIKH TUTUP 30 APRIL 2011 JAM 11.59 MALAM .
SO, CEPAT2 !!

untuk merasmikan bloglist ni , tira tag :


:: tira akan letak nama blog (promote) ampa kat sidebar start dari 1 MEI 2011 selama sebulan.                           
:: Nama pun bloglist , bukan contest , so takdak la pemenangya , maka takdak la hadiah .
: Ngat nk wat contest o GA plak nnt . =) (stay alert!!)

Okey, ini review saya...
Blog Atiera ni nampak ceria, tak suram dan memang seronok tengok blog dia. Background warna biru dihiasi bunga putih, memang lembut! tak semestinya warna lembut itu warna pink sahaja tahu! Haha...susunan link dan follower di atas memang nampak sesuai. Susunan widget itu pun boleh tahan tapi bagi saya Atiera, (jangan marah ya hehe...) tiera ada dua sidebar di kiri dan kanan, bukan? Better banner promosi iklan itu lebih elok diasingkan dengan widget lain. 
          Contohnya banner untuk iklan di sebelah lain manakala widget yang lain di sebelah kanan, ataupun sebaliknya. Ataupun widget bergambar satu sidebar (kiri @ kanan), widget bertulis satu lagi sidebar (kiri @ kanan), baru tak nampak serabut sikit. Apapun, itu terpulanglah kepada cik tiera untuk susun blog dia...Penggunaan warna-warni dalam blog memang nampak ceria mata memandang. Tapi saya nasihat jangan guna banyak warna sangat nanti boleh pening orang tengok. Memandangkan background yang cerah, elakkan daripada tulisan menggunakan warna yang cerah sebab nanti tulisan tak nampak. 
         Tembak tiga blogger? Nak tembak siapa ya? Haaa...tembak mereka inilah...
CT 
Ieeza
  
Okey, dah settle! First time join bloglist ini. Harap Cik Tiera suka dengan review ini, ya! Sesiapa yang nak tengok blog Atiera, boleh klik banner tu sahaja. Mahu sambung study pulalah. Assalamualaikum.....