Monday, April 18, 2011

Jangan Guna PANTUN/PERIBAHASA ini!

Assalamualaikum semua!
Minggu ini memang busy sangat-sangat! Memang serius, saya tiada masa langsung untuk online atau buat kerja lain! Kalau ada pun sekejap saja lepas tu T.U.T.U.P PC! Abah pesan, "Buat yang penting dulu. Nak online ke, nak lukis ke, nak buat apa ke abaikan dulu!" Saya ikut saja...tak tahulah selepas entri ini, bila masa pula saya akan update entri. Terlebih dulu, minta maaf ya~

Okey forget it! Sekarang ini saya nak membebel sikit tentang pantun-pantun lama. Kebanyakan pantun-pantun lama ini beri pengajaran dan pedoman pada kita. Bagus tu! Tapi kena ingat! Bukan semuanya...sebab seperti kita tahu orang dulu-dulu belum diberi pengetahuan agama dengan meluas seperti sekarang (walaupun hakikatnya zaman sekarang lebih teruk berbanding dulu). Saya ada satu pantun & satu peribahasa yang tak sesuai sangat digunakan.

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak, buang saudara
kerana kekasih hamba turutkan.


Hah, elok sangatlah tu! Kekasih tu dah cukup baikkah sampai nak buang saudara-mara tu? Penat-penat mak bapak jaga dari kecil, makan minum jaga, malam tidur ada nyamuk banyak mak bapak tolong bunuh konon tak nak anak jaga, bila dah besar anak nak buang mak bapak pula? Apa punya anaklah tu! Kalau betul kekasih tu baik, taat...dia takkan suruh kita abaikan mak bapak dan saudara-mara kita. Nanti terjadi apa-apa perkara buruk kepada kita, merekalah satu-satunya insan yang pertama memberi semangat dan dorongan kepada kita. Kekasih? Huh, kalau dia betul-betul mengambil berat tentang hal kita boleh terima lagi! Kalau dia jenis pentingkan diri, mahu ditinggalkan kita 'ternganga' sorang-sorang. Ingatlah, buat apa sekalipun, ingat ibu bapa, dan yang paling penting adalah Yang Maha Esa.

Biar mati anak, jangan mati adat

Pernah dengarkan peribahasa ini? Kita baca pun sah-sah tak boleh terima dah! Adat adalah sekadar adat...bukannya tauhid, fekah yang kita selalu belajar itu. Adat itu tak wajib dan tak ada dosa kalau melanggar adat sekalipun. Bagaimanapun saya kin majoriti Melayu sekarang sudah tidak ikut lagi peribahasa ini memandangkan peribahasa ini ditujukan kepada orang dulu-dulu. Benci betul bila kita fikirkan pemikiran orang dulu-dulu, sanggup biarkan anak mati semata-mata mahu mempertahankan adat. Lebih-lebih lagi adat yang menyalahi peraturan sisi agama Islam. Kalau adat itu baik di sisi agama, ia tidak akan memburukkan sesiapa dan tak salah kalau kita amalkan adat begitu. Lagipun, cuba fikir balik...

 Kalau anak mati, siapa yang nak teruskan adat? Haih, pening...pening...dengan peribahasa ni~

Dua pantun ini saja yang saya fikirkan. Yang lain saya tak pasti sebab saya bukannya tahu sangat tentang pantun-pentun lama ni hehe...Kalau ada sesiapa yang tahu boleh kongsikan bersama. Terima kasih...ya!

p/s : Waaaaaa....minggu ni jadual sangat FULL!

Saturday, April 16, 2011

Akaun Deviantart saya sudah tidak aktif..!

Assalamualaikum semua...!
Baru-baru ini dalam entri latest saya, HEADER BARU!, ada seorang blogger komen mengatakan adakah saya ini Flow Cahaya Jannah dalam laman Deviantart itu? Lihat komen beliau...


Saya pun tak tahu apa perasaan saya tatkala baca komen itu. Terharu? Ya, mungkin juga sebab tak sangka ada juga orang mengenali dari situ. Untuk pengetahuan, memang saya ada sign akaun Deviantart dulu dengan menggunakan nama Flowlily Cahaya Jannah. Kalau nak tahu dari nama deviant situlah saya dapat nama pena 'Flow Cahaya Jannah'...nak tahu lebih lanjut baca SINI.

Tak sangka ada juga orang kenal saya dari situ walaupun hakikatnya saya aktif sekejap saja akaun Deviantart itu. Selepas itu tak aktif dah sampai sekarang sebab malas hehe...(sila ketuk kepala saya) Biarlah saya upload lukisan saya di facebook sahaja sudah memadai. Rasanya saya dah delete dah akaun tu tapi sampai sekarang tengok ada lagi. Huhu...bagaimana cara nak delete akaun itu sebenarnya?

Oh ya, sini saya tunjukkan page Deviantart saya...


Kalau nak jelas sila klik DEVIANT FLOW. Sebenarnya tak payah tengok pun tak apa, bukannya ada apa pun. Macam saya kata, aktif sekejap sahaja. Upload gambar pun tak banyak. Dengan ini saya nak beritahu bahawa saya sudah tidak aktif ber'deviantart' (macam buat ucapan pulak!). Ingatkan dah ada orang lupa tapi bila ada orang komen begitu, baru saya sedar.

Atau...dia maksudkan Flow Cahaya Jannah yang lain? Hoho...kalau yang lain malu jugalah ini! Tapi bila google search, Flow Cahaya Jannah yang saya tengok cuma saya seorang sahaja. Adakah yang lain? Manalah tahu kan? Apapun, untuk Din (pengkomen tersebut), terima kasih atas komen itu. Rasanya dia ini pun pelukis juga. Memang terharu gila-gila ni. Saya tak nafikan orang kenal saya melalui artwork saya...dari facebook, kolej dan yang terkini blogger. Itu anugerah ALLAH yang tak ternilai harganya. Cuma saya nak tegaskan di sini....

~SAYA MASIH BUDAK BARU BELAJAR. I STILL HAS A LONG WAY THAT I HAVE TO ACHIEVE IT~ 

(Maaf kalau ada kesalahan grammar <---not very good in English)

SeKiAn...WaSsALLaM.

p/s : Banyak lagi kerja artwork saya yang masih belum selesai...FINAL EXAM semakin dekat!

Friday, April 15, 2011

HEADER BARU!

Assalamualaikum and hi to all readers...
Sihat tak? Alhamdulillah kalau semua sihat, sesiapa yang sakit semoga cepat baik, ya! 
Okeylah tak nak cerita panjang...cuba tengok bawah ni...
 

Cantik tak? Ini header baru blog saya. Dari lukisan, tulisan, efek, editing...100% semua saya buat sendiri guna photoshop. Cuma yang lukis kartun itu sahaja saya lukis manual, yang lain digital. Alhamdulillah setelah sejam lebih berlalu siaplah semua ini. Walaupun tak setanding profesional tapi bolehlah, kan?

Sengaja saya buat header baru ini sebab header lama tak berapa 'menyerlah' sangat. (Habis yang ini menyerlah ke?) Tak kisahlah janji tak nampak menyemak sudah! Oh ya, nak tahu dua gambar kartun itu saya ambil dari hasil lukisan di bawah ni...


Penat juga buat editing begini. Kalau tak sabar boleh frust wooo...Tapi tak kisahlah janji dah siap! Saya memang sudah tak ada kerja lain mahu dibuat (walaupun assignment banyak lagi tak siap ni~). Jadi inilah kerja saya. Sesiapa yang mempunyai minat seperti saya mungkin lebih faham dengan keadaan saya ini...dan saya bersyukur kerana Allah meminjamkan bakat ini kepada saya dan saya berjanji tidak akan menggunakannya ke jalan yang salah!

Wassalam...

p/s : Kelabu dah mata ini tengok laptop lama sangat!