Sunday, April 10, 2011

Kepada semua Follower...

Assalamualaikum
Semakin hari follower saya semakin bertambah (w'pun tak ramai mana sebenarnya)...terima kasih kepada semua yang menjadi follower ya
Apapun, saya ada masalah sikit untuk menjenguk balik blog sesetengah orang...
Kenapa?
Ada sesetengah follower tak tinggalkan link blog mereka balik selepas follow
Ada sesetengah bila saya klik icon gambar mereka di ruang Follower tu...keluar begini


berlainan pula yang di bawah ini, ada link sekali jadi senang saya nak jenguk balik blog dia...


Baiklah...sekarang biar saya tunjuk bagaimana cara bagaimana nak follow blog orang dengan tinggalkan link. Ini cara saya mem'follow' blog orang.


Di ruangan 'Dashboard', klik 'ADD'


Masukkan URL blog yang anda semua mahu follow


Klik 'Follow'

Mudah kan? Di samping itu, kita boleh tahu kalau-kalau bloggers tu update entri baru sebab ia akan naik kat Ruangan 'Items' di Dashboard. Tengok bawah...


Ini hasilnya setelah anda semua follow blog orang lain dengan cara yang saya tunjukkan. Ada link ditinggalkan, kan?

Sebenarnya ada satu lagi cara. Cuba klik icon gambar anda semua di blog orang lain yang anda follow, ada keluar tak link blog anda di situ? Kalau tak ada, boleh guna cara yang blogger IZAMIR RIDZWAN tunjukkan dalam entri INI. Terima kasih pada beliau sebab bagi share entri ni. Asalnya memang nak masukkan entri dia di sini tapi rasanya nanti panjang sangat pula entri ni, jadi saya share begini sajalah. (Bloggers yang tak kenal IR ni tipulah~ Dia ni femes kot. Rasa bangga plak sebab dia senior saya dulu hoho...) Kepada sesiapa yang belum follow dia, boleh follow dia kalau mahu.


Ini entri tentang "Follower"

Ada sesetengah orang terus klik button 'Follow' saja di ruangan 'Follower' tu. Rasanya button tu tak ada tinggalkan link. Apa yang saya agak, button tu mungkin sesuai untuk sesiapa yang tak ada blog tapi mahu follow macam seorang kawan saya...saya agak sajalah~ Sila betulkan kalau salah.

Jelas tak dengan penerangan saya ni? Kalau tak jelas tolong beritahu ya...manalah tahu kalau-kalau ada sesiapa yang kurang faham. Bukan sebab saya nak kata kau orang semua 'noob' sebagai blogger, kononnya nak follow blog orang pun tak reti. Tak terlintas sama sekali! 

Ya! Saya pun masih baru lagi. Siapalah saya untuk tandingi blogger-blogger hebat macam orang lain. Saya sekadar berkongsi sebab bukan semua orang tahu lagi. Tinggalkan link blog memang penting, senang nak follow. Ada sesetengah orang guna sistem shoutbox, saya tak kisah sebab terpulanglah pada diri masing-masing. Tapi kalau boleh saya pula tak nak guna cara itu sebab nak mengurangkan penggunaan widget di blog saya...harap faham ya~
p/s : Saya masih budak baru belajar...harap beri tunjuk ajar~

Thursday, April 7, 2011

Diri ini Sendirian...Puisi untuk diriku

Aku bersendirian...aku keseorangan...
Menanti kehadiran seseorang
Yang dapat...
menceriakan diriku...membuatku tersenyum dan ketawa...membuat diriku bahagia...
berseri-seri wajah ini setiap kali memandang wajahnya
berbunga hati hati setiap kali berbicara dengannya
sekiranya bicara tidak terungkap, satu senyuman amat memadai
dan yang paling penting, dia adalah yang TERBAIK untukku

Bersendirian ini tidak bermakna aku di dalam kesedihan
Aku masih mempunyai sahabat-sahabat yang sudi mewarnai hidupku
Daripada gelombang hitam kesedihan dan kekecewaan
Aku bersyukur kerana mempunyai sahabat yang selalu bersamaku
Bergaduh tidak bermakna benci
Tapi itulah lumrah persahabatan...

Bersendirian juga tidak bermakna aku tidak mempunyai sesiapa di dalam hidup ini
Aku mempunyai sebuah keluarga
Abah, mama dan juga adik-adikku...mereka membuatkan diriku lengkap segala-galanya
Abah yang kuat bekerja menyara keluarga...
Mama yang bertarung nyawa sewaktu melahirkan aku dahulu...
adik-adikku yang selalu bermain, bergaduh dan bermanja denganku...
Tidak dilupai saudara-saudaraku menjadikan keluargaku lebih besar
Kasih-sayang yang semakin bertambah dari sehari ke sehari

Aku hanya seorang hamba yang lemah
Yang selalu bergantung harap kepadaNya
Susah, senang...kerapkali aku meminta petunjuk dan pertolongan dariNya
Hanya Dialah penyelesaian kepada semua masalah
Takdir dan ketentuan adalah daripada izinNya
Sekiranya aku berkata diriku ini sendirian...maka aku silaplah
kerana...
masih ada yang sudi bersama dan menolong diriku
Aku hanya seorang hamba yang lemah
Aku adalah hamba yang selalu bergantung harap padaMu...
YA ALLAH!

Okey tak puisi ringkas yang saya buat ini? Ciptaan sendirian berhad ini tahu? Saya sebenarnya tidak pandai sangat bab-bab puisi ini tapi entahlah...hari ini rasa macam feeling habis pula...(sambil gelak)
Sesiapa yang nak copy & paste boleh sahaja tapi dengan syarat kena kredit nama saya tahu? Bukan sebab nak menunjuk, cuma tak mahu nanti ada orang mengaku ciptaan sendiri, MEMBARA juga tahu? (ada ke orang nak copy & paste puisi tak best ni?)

Baiklah, nak sambung online. Post entri ini pun sebab dah beberapa hari tak post entri.

p/s : Puisi pertama yang dibuat dalam seumur hidup (gelak! gelak! gelak!)

Saturday, April 2, 2011

Teringin nak pakai Jubah! ^__^

Assalamualaikum
Saya dalam keadaan sangat....sangat...sangat...bosan telah menggatal tangan untuk search benda-benda merapu di Google (tolong jangan salah faham)
search punya search, teringat pula tentang jubah. So saya pun searchlah 'Jubah'
PERGH! Banyak gila jubah yang cantik-cantik...






Di atas ni antara jubah-jubah yang attract saya. Cantik dan simple, kan? Saya tak mahulah jubah-jubah yang  macam di bawah ni...




Nampak tak? Ikut bentuk badan dan corak terlalu banyak kan? Kalau nak buat corak, saya lebih suka corak dalam bentuk kontra pewarnaan sahaja. Corak bunga timbul-timbul ni nampak macam ada attraction dan agak keterlaluanlah, Flow Cahaya Jannah unlike it!

Pernah dah beberapa kali pergi kedai-kedai pakaian dan ada jubah yang cantik-cantik, teringin nak beli tapi teragak-agak sebab bajet punya pasal. Apa? Ingat murahkah baju-baju cantik macam ni...Hmm...bilalah dapat beli? Satu pun jadilah! Tak ada lagi stok jubah dalam almari saya... :3

p/s : Ada sesiapa yang nak tolong belikan tak? Hehe...